malaysiakini - Beberapa jam selepas tembok penghalang dipasang oleh Grand Saga Sdn Bhd, penduduk yang marah di Bandar Mahkota Cheras (BMC) bertindak membuangnya semula.
Dalam kejadian jam 9 malam tadi, dua orang penduduk ditahan ketika kira-kira 1,000 orang berhimpun untuk menghalang pekerja Grand Saga daripada meletakkan tembok yang menutup jalan pilihan bagi mengelak penggunanya membayar tol.
Penduduk di situ bertindak membuang tembok halangan tersebut pada 21 April lalu kerana mendakwa tanah itu milik pemaju.
Kira-kira 100 anggota polis, termasuk dari Unit Simpanan Persekutuan (FRU), dihantar ke situ ketika tembok penghalang itu dipasang semula malam tadi.
Turut hadir ialah ketua polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar.
Apabila Malaysiakini pergi ke tempat itu semula kira-kira jam 10.30 pagi tadi, tembok tersebut sudah dibuang dan lalulintas bergerak seperti biasa.
Penduduk bertindak membuang tembok tersebut selepas kerajaan Pakatan Rakyat Selangor mengumumkan bahawa ianya haram. ...selanjutnya [KLIK DI SINI]
RAKYAT CERDIK HARUS BERFIKIR
5 hours ago
1 comments:
Ini lah baru di panggil anak Jantan,teruskan,kalu pagi die pasang,petang kita buang,kalau malam die pasang balik ,Pagi kita buang,.
Kalau kena tangkap,satu kampung serah diri.
Tak perlu ikut peraturan,berhemah,beradap.
Bukan salah kita ,mereka yang megajar kita berbuat demekian,.
Post a Comment