KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

May 8, 2008

UMNO benteng atau bunting?

UMNO benteng Sultan
Pergerakan Pemuda UMNO dan Barisan Nasional (BN) Perak diminta tampil mempertahankan keputusan Sultan Perak, Sultan Azlah Shah berhubung isu pertukaran dan pelantikan semula Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP).

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pihaknya akan sentiasa menjadi benteng bagi memastikan kedaulatan sultan dan raja-raja Melayu tidak diancam.

''Saya berharap pemimpin BN dan juga rakan-rakan kita di Perak terus bangkit dan menunjukkan kesetiaan mereka kepada Sultan Perak,'' katanya yang juga Pengerusi Pemuda BN pada sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini ...selanjutnya
Radenjowo
Mana nak letak muka nihhh...? Aku melayu, tapi bila UMNO berkata .... aku jadi malu. Bukan tak der jantina, tapi selak...masih ada, tapi macam tak der. UMNO cakap macam tak der pendirian. Perjuangan ke lain, otaknya ke lain. Kononnya hebat, tapi belitnya berlipat lipat.

Bila citer tentang Karpal, aku jadi meluat. Sakit hati, tapi wak sabar kerana Karpal cakap sepatah, berita nya berhari hari. Media jadikannya sensasi. Sensasi, untuk melayu marah. kalau tak der berita macam ini, UMNO tak der harapan. Kalau cerita perjuangan, orang akan tanya, bilakah UMNO nak berjuang? Bila Singh lepas cerita, ini yang cerita jadi berjela jela. Dengan harapan melayu penuhkan jalan, tunjuk perasan, buat lapuran polis dan ambil tindakan.

Melayu bukan macam dulu. Keluar golok dan parang. Bila dah tetak, darah bersembur.... mangsa dan mati, baru tahu yang silap adalah diri.

Melayu baru lebih matang, perangai tak macam binatang. Karpal ni orang lama, perangai mesti lama. Kalau Karpal yang tua ni cerita tentang kutuk agama lain dan bangsa lain, aku dah tak hairan kerana semangat kaum masih meluap. Sama macam UMNO, cerita lah pasal Melayu dan kutuk kesultanan Melayu, UMNO bersilat, tepuk lutut dan siku, berdetup detap. Tapi kalau diri sendiri mengutuk, semua senyap macam orang bisu.

Yang rosaknya UMNO, baik tua dan muda. Perangai sama. Otak sama, tabiat pun sama. meluap luap tak tentu arah. Tapi .... UMNO ada prosidur. Tanya boss dulu, "Boss boleh jerit ke?" kalau boss bagi lampu hijau, baru jerit terpekik pekik. Kalau boss kata jangan. Anjing tak kejar kucing. Tunggu, duduk berjelepok, mata berkelip kelip macam cicak berak kapur.

Sekali Karpal kritik tentang SUltan. UMNO berbaris di depan. Lihatkan pakaian dan bentuk garang, tak ubah macam pendekar terbilang. Bila digertak semula. Jumlah UMNO berkurang, boleh dibilang. Bertempiaran lari, boleh dibilang dengan jari. Itu lah bentuk dan sikap sesetengah makhluk. Tunjuk garang dan menjerit "Woof !! Woof !!", katanya. Ekor mengeletek, air liur meleleh. Mata terjojol dan kembali redup bila tuan kata "come doggy ....doggy.....doggy" dihulurkan makan dalam tin perasa daging babi.

Sejak bila UMNO jadi benteng Sultan? Semenjak dua menjak je baru. Ada musim, sama seperti musim kucing membiang. Kencing merata rata, jerit jerit cari betina. Bila betina dah dapat, anak bertaburan tak tahu nak jaga.

http://mstar.com.my/cms/storage/images/com.tms.cms.image.Image_cd004262-c0a85062-53594900-2a243c9c/1/patung10.jpgSebelum ini Sultan lah yang mereka kutuk. Sultan tak cakap apa apa kerana Sultan tahu ini semua politik. Siapa yang tak kenal UMNO? Macam wrestling. Tumbuk bertubi tubi. Belakang pentas ...."Nyamseng !!!!"

Umno sendiri kenal siapa mereka, tapi kalau cerita pasal perjuangan bangsa, cehhhhh.....macam Hang Tuah. Dua kali pandang macam Hang Lekir, tiga kali pandang macam Hang Li po. Lemah lembut, jalan terkepit kepit dan bersuara garau.

Layak kah UMNO digelar Benteng, langkah sasa, seluar disengseng?

Nah ini dia kata pendekar melayu terbilang ....."Kami mahu Deris Natang !!!"

Sampai sekarang tidak dengar cerita. Mahu percaya ... baik jangan, kerana UMNO dah jenuh tipu melayu. Kecoh sekejap, tak dengar cerita. Tahanannya entah kemana, hukumannya pun tak tau bila. Siapa Natang? Itu kena tanya UMNO.... Kalau Karpal kritik Sultan, itu salah. Apa bezanya UMNO?

Cukup untuk kenal siapa UMNO. Maka UMNO jangan lah nak berlakun lantang, sedangkan langkah kaki sentiasa sumbang dan terkengkang kengkang. Setakat silat pulut segantang, di bentes lutut, jatuh terkangkang.

Duduk rumah diam diam. Luang kan masa, beli gincu bibir dan celak sebatang biar mata menjadi terang. Duduk depan cermin, calit sana sini dan sambil sambil tu nilaikan diri. Layakkah gelaran Benteng kepada Sultan atau sekadar pagar yang makan tuan.

1 comments:

Anonymous said...

tak cukop lg tu wakk..!!!

tu baru kain rentang deris.....

yg si patail sangkal kuasa sroh lantik si deris ari tu....

pe cerr..???

diorang ni mmg hamblau semuanya wakk....
tunjok baik padahal.....

Posting terkini

Blog Archive