KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

May 8, 2008

KETUA CAWANGAN UMNO TAK PULANGKAN KUNCI DEWAN?

“ Kita guna dewan hari ini pun bukan percuma, kita bayar sewa. Dulu kita nak bayar sewa pun tidak dibenarkan. Sekarang kalau umno nak guna, gunalah tetapi sewa kena bayar sama macam PAS “ Jelas ADUN Titi Serong itu.
...selanjutnya [KLIK DI SINI]
Pada yang tidak tahu dan sedar keadaan sebenar, ini lah hakikatnya sebuah pemerintahan UMNO sebelum ini. Tentu kita pelik apabila Pakatan Rakyat yang dulunya pembangkang tidak dibenarkan menyew dewan untuk tujuan parti. Kenyataan pemimpin Pakatan RAkyat kini berbeza. Mereka membenarkan sesiapa sahaja menyewa dewan. Bayar dan guna. Kalau dulu, untuk kegunaan UMNO, tak payah bayar sewa. Sekarang sudah tiada lagi.

Nak jadikan cerita, maka wak pun berkumpul dengan orang kuat parti PKR semalam dan penjelasan ini memang dah diduga. Tapi bagi rakyat Selangor khasnya, mungkin ramai yang tidak tahu.

Setiap cawangan ada kemudahan dewan orang ramai. Dianggarkan keluasannya cukup untuk menampung jumlah penduduk di satu satu kawasan itu. Ianya di bina menggunakan wang orang ramai berbentuk cukai dan sebagainya. Kalau cerita pasal duit orang ramai, maka tak kira UMNO atau bukan, semua ada caruman dan bahagiannya.

Selama pemerintahan UMNO di Selangor, kunci kunci dewan tersebut, TIDAK dipegang dan simpan oleh Majlis Bandaraya Shah Alam sebagaimana yang kita sangka. Ianya disimpan oleh Ketua Cawangan satu satu cawangan itu dan ini menyebabkan diskrimasi penggunaan berlaku.

Tidak mudah untuk lulus walaupun mereka mampu membayar sewa. Terutama kepada aktiviti parti politik musuh mereka. Lantas, setiap perjumpaan dan ceramah, Pakatan Rakyat terpaksa mengadakan di kawasan persendirian. Begitulah hina nya seteru parti UMNO pada tahun tahun yang lalu.
Nak jadikan cerita, tahun ini Pakatan Rakyat sudah menang di Selangor dan sungguh memalukan apabila wak di beritahu bahawa kebanyakan antara kunci kunci dewan di kawasan Shah Alam masih tidak diserahkan lagi oleh Ketua ketua cawangan kepada Majlis Bandaraya Shah Alam. Entah apa yang mereka buat dengan kunci itu, aku pun tak tau. Tapi yang pasti, dengki khianat lubuk hati UMNO masih menebal. Tak payah nak tegakkan benang basah, ramai yang dah tahu.
Kemungkinan, tindakan berbentuk amaran akan dikenakan kepada ketua ketua cawangan ini untuk meminta kunci dipulangkan. Jika tidak, maka tiada lah pilihan lain kecuali Majlis Bandaraya Shah Alam terpaksa menukar semua kunci kunci itu bagi kegunaan semua pihak. Ini semua adalah kos yang perlu dibelanjakan. Yang menariknya, kunci itu kelak akan disimpan oleh Majlis bandaraya sendiri dan bukan lagi ketua cawangan parti yang menang seperti yang UMNO lakukan.

Dalam pada itu, tiada keistimewaan diberikan kepada sesiapa di dalam hak menggunakan dewan ini. Maka ada untungnya kemenangan yang diperolehi Pakatan Rakyat pada tahun ini. Selain dari kita mendapat manafaatkan bersama pada setiap kemudahan pendapatan dari sewanya nanti akan boleh digunakan untuk pembangunan yang lain. Dan kita juga tahu tembelang UMNO selama ini. Untuk dedahkan semua, 400 muka surat kertas pun tak kan cukup.

Wak pun bertanya di hati, kalaulah kunci di pegang oleh ketua Cawangan, kemana agaknya pergi, duit sewa dewan selama ini .... Hmmmm kena check nihhh.... Mungkin UMNO ingat duit untuk bina dewan tu adalah duit emak bapak mereka sahaja maka bila kalah baru baru ini, habis barangan di dalam dewan nak diangkut bawa pulang.

Dah lah kalah, buruk pulak perangai ..... Kesian.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive