Kalau bukan kerana UMNO yang terang terangan membantah dan memperendahkan martabat Sultan, kaum lain tak cerita pun tentang perkara ini. Elok benar lah kalau dikatakan sebagai, guru kencing berdiri, anak murid kencing berlari. Bukan setuju dengan tindakan Karpal, tapi tindakan biar lah adil. Kalau Karpal di kenakan tindakan, kenapa UMNO tidak ? Kenapa bangsa lain kena dan kenapa melayu tidak. Bagaimana agaknya UMNO mahu mencontohi perkara yang benar kalau kerap dengan sikap kurang ajar tetapi mahu orang lain menjadi lebih berajar dari mereka. Terlalu banyak contoh .... tak payah nak sebut. Sebab dah letih. Setiap kali sebut, tak der siapa pun yang ambil perhatian. Dah berbuih dah mulut.
Kalau tindakan undang undang dibuat terhadap Karpal, sudah pasti pertikaian akan berlaku. Itu sebab rakyat sering memperkatakan tentang uminiti UMNO di dalam undang undang. UMNO dah menjadi tukang karut kerana pening dengan tanggapan rakyat bahawa UMNO dah tak relevan lagi masa kini. Entah apa apa yang dibuat, kita sendiri keliru dan kurang pasti. Yang jelas, apa yang mereka lakukan terhadap beberapa individu menjelaskan kepada kita bahawa suasana panik sudah menyelebungi mereka kerana kekalahan yang lepas.
Kekadang lawak UMNO membawa kesan.Apa kata UMNO tentang karpal? Baca lawak lawak berikut yang dipetik dari Agendodaily .....
lawak 1
Pengerusi DAP diberikan tempoh tujuh hari untuk memohon maaf secara terbuka kepada pihak Istana di atas keceluparannya mencabar kedudukan dan kedaulatan Raja-Raja Melayu. Kegagalan beliau berbuat demikian, akan disusuli dengan tindakan pihak Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) menggerakkan referendum rakyat bagi mendesak kerajaan mengambil tindakan terhadap Karpal termasuk menggunakan Akta Hasutan dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Presiden GPMS Datuk Reezal Merican Naina Merican dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari Rabu berkata, keceluparan Karpal itu sudah melampaui batas dan membayangkan Karpal gagal menjadi warganegara yang setia kepada prinsip Rukunegara.
lawak 2
Kritikan terbuka Karpal Singh terhadap kuasa Sultan Perak mengundang cabaran terhadap kerajaan Negeri Perak berhubung isu berkenaan untuk membuat pendirian. ADUN kawasan Pangkor, Datuk Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, rakyat yang menghormati institusi raja merasa terluka dengan sikap biadab Karpal mempertikaikan kuasa Sultan Perak dan Raja Muda, Raja Dr. Nazrin Shah secara terbuka. ''Dalam hal ini, saya ingin bertanya kepada pimpinan kerajaan negeri, apakah pendirian sebenar mereka terhadap sikap Karpal ini,'' katanya dalam kenyataannya hari Rabu
lawak 3
Ahli Parlimen Muar Razali Ibrahim mencadangkan agar kerajaan membawa usul bagi membincangkan tindakan Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh yang terus menerus menghina institusi Raja-Raja Melayu. Katanya, tindakan Karpal yang membuat kenyataan baik di dalam Dewan Rakyat mahupun di luar jelas menghina institusi kesultanan dan dengan itu kerajaan perlu membuat usul bagi membolehkan isu berkenaan dibahas oleh Ahli-Ahli Dewan Rakyat. Selain itu beliau juga mencadangkan kemungkinan merujuk Karpal Singh kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan di atas tindakannya itu."Jika di luar ada undang-undang, di dalam kita ada peraturan," ujar beliau.
Itu baru 3, dan tunggu lah....lagi lama tempoh diberi. Bermacam macam komen di perolehi. Kekadang lebih lawak dari Raja lawak. Bukan lawak idea, tapi lawak sikap. Nak percaya macamana kalau apa yang disebut, seperti diri tak pernah bersalah ...... Alahai UMNO, melucukan .... macam hebat sangat.
0 comments:
Post a Comment