KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

May 8, 2008

Elaun ketua kampung di Perak hanya RM200

malaysiakini - Seramai 817 ketua kampung di Perak kini akan hanya menerima elaun bulanan RM200 dari kerajaan negeri tanpa elaun tambahan RM400 sebulan dari Kementerian Pembangunan Luar Bandar, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Dengan itu, katanya, jawatan ketua kampung tidak lagi menjadi rebutan seperti sebelum ini disebabkan ganjarannya, sebaliknya jawatan itu akan diisi oleh mereka yang benar-benar jujur untuk berkhidmat kepada masyarakat.

Katanya, ketua kampung yang baru juga tidak lagi akan dibenar melaksanakan sendiri pelbagai projek pembangunan di kawasan masing-masing seperti sebelum ini, demikian menurut laporan Bernama.

"Projek-projek ini akan dilaksanakan mengikut kaedah-kaedah tertentu dan bukannya diserahkan kepada ketua kampung untuk melaksanakan dan menentukan kontraktor mana nak buat. Jadi, ketua kampung tidak mempunyai banyak projek untuk mereka melaksanakannya seperti sebelum ini.

"Itu sebab dulunya jawatan ketua kampung itu dicemburui, orang nak (jawatan) ketua kampung tapi di sini konsep ketua kampung itu adalah satu amanah, bukan banyak sangat ganjaran," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di Ipoh hari ini.
- baca selanjutnya di SINI....

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive