dppwp - Tanggal 8 Mac 2008 mencipta sejarahnya yang tersendiri bila mana rakyat menyatakan pendirian rasmi mereka untuk memilih Pakatan Rakyat memerintah di lima negeri-Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor disamping mengirimkan 82 pemimpin PR ke parlimen sebagai wakil rakyat.
Bermula detik itu, Umno dan komponen BN mulai kalut. Perubahan undi rakyat mensuggulkan pemimpin BN. Bagai ayam berak kapur mereka melatah sana-sini. Tuduh sana -sini dan kecoh untuk menjatuhkan pemimpin ini dan pemimpin itu.
Pengerusi Umno sendiri gelabah kerana sudah ramai ahlinya yang berani mengusik kerusi keramatnya. Bertanya tentang perihal perletakkan jawatan yang akhirnya ditukar tajuk kepada peralihan kuasa.
Umno makin tenat. Kini diusung ke Unit Rawatan Rapi (ICU). Konvensyen sana -sini. Mesyuarat agung khas dibeberapa bahagian Umno berlaku secara tidak terkawal. Komponen BN lainnya mulai curiga pada Umno yang tidak henti-henti membinggitkan isu ketuanan melayu dan juga kejatuhan empayar Melayu dinegara ini.
Tidak cukup dengan itu, kekalahan komponen BN lainya digunakan oleh Umno untuk mendekati kekasih baru dari Borneo. Namun, bunga yang dihulurkan telah dicampak ke longkang oleh 3 pemimpin Borneo yang tidak berminat dengan lamaran gatal itu.
- baca selanjutnya di SINI....
RAKYAT CERDIK HARUS BERFIKIR
5 hours ago
0 comments:
Post a Comment