harakahdaily - (...) Pelik tetapi benar inilah pengswastaan di negara kita, semuanya membebankan rakyat. Saya pun tidak tahu di manakah mereka ambil ilmu ini. Sepatutnya tujuan pengswastaan ia mengurangkan beban kerajaan dan menyenangkan rakyat. Tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.
Apabila projek gagal maka ia akan ditanggung oleh kerajaan kalau untung masuk tembolok mereka. Kalau kita lihat di negara-negara maju tidaklah banyak tol macam negara kita. Kiri, kanan, depan, belakang semua tol sampai rakyat pening, apabila hendak hantar anak ke sekolah dan pergi kerja. Tol mahal, minyak mahal, parking mahal. Semua ini menyebabkan ramai rakyat Malaysia hari ini hidup dalam keadaan tertekan.
Memang berniaga tol ini untung. Yang seronok kalau kereta tidak lalu pun tidak apa, kerana kerajaan akan tanggung kalau rugi. Sebab itu wasiatlah kepada anak kita kalau besar esok jangan jadi peguam, jangan jadi doktor susah dapat untung tetapi jadilah tauke tol.
Cukai jalan dah ambil, tol kena lagi. Kalau kerajaan rasa tidak mampu mereka tidak payah perintah, bagi sahaja kepada Pakatan Rakyat pula perintah. Kalau hendak berniaga dan tidak mahu jaga kebajikan rakyat, lebih baik jadikan Malaysia ini sebuah syarikat, bukan kerajaan Malaysia.
Inilah akibat apabila amanah itu dianggap sebagai satu tempat untuk menghimpun kekayaan. Kalau amanah ini dianggap satu beban maka tidak ada orang yang hendak jawatan ini. Tetapi kalau amanah dianggap peluang maka semua orang berebut hendak menjadi pemimpin.
Kita hairan kenapa kerajaan takut hendak dedah apa perjanjian sebenar dalam semua projek pengswastaan di negara ini. Ada yang mengatakan bahawa perjanjian ini hanya berat sebelah, hanya menguntungkan kepada pihak tauke sedangkan kerajaan menanggung biawak hidup atas semua yang berlaku. Sebab itu empat pemimpin Pakatan Rakyat, Tan Sri Khalid Ibrahim, Dr Hatta Ramli, Tian Chua dan Ronnie Liew (semuanya sudah Yang Berhormat) dituduh di bawah OSA kerana mendedahkan perjanjian tol.
- baca selanjutnya di SINI....
MATI KATAK
14 minutes ago
0 comments:
Post a Comment