KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jun 11, 2008

Rapid, Scomi dan anak anak nya .....

Korang baca dulu cerita ni ....

Apa kaitan RapidKL & RapidPenang dengan anak Pat Lah.......
alditta - "Tetapi kita tidak pernah melihat kira-kira untung ruginya. Untung besarkah RapidKL dan Khazanah (yang mengambil alih syarikat itu)?" kata Mahathir.

"Saya ingin tahu siapakah yang membekal bas-bas ini. Saya percaya pembekal bas-bas ini meraih keuntungan yang besar kerana begitu banyak bas yang jelas dibeli oleh RapidKL.

"Mungkinkah pelupusan dan write-off begitu banyak bas-bas lama adalah supaya bas baru dapat dibeli daripada pembekal tertentu?

"Jika ya, nampaknya RapidKL diadakan untuk menguntungkan pembekal." - Baca di sini.

Nampaknya Pat Lah sibuk sangat membuat program penjimatan akibat daripada kenaikkan mendadak harga petrol baru-baru ini hinggakan tiada masa untuk menjawab pertanyaan Mahathir........... selanjutnya.
Nak tau cerita? ... aku pernah menyelinap masuk ke dalam SCOMI. Sebagai kontraktor di Scomi. Cehh hebat masa tu, siap dengan tali leher dah macam mat salleh kacukan jawe. Pejabat diorang ni di Kelana Jaya. AKu tak tau samaada kawasan tu milik siapa tapi dua dua syarikat berada bersebelahan. Luas kawasannya. Masuk ikut pintu hadapan bertemu dengan Bangunan Rapid KL dan susur kanan, ke belakang bertemu dengan bangunan SCOMI. Pejabatnya berkongsi dan kawasannya sahaja yang berbeza.

Kalau tengok macam hebat, tapi diorang pun sama je. Disebabkan lawatan aku sebelum pilihanraya ke 13 tempoh hari, maka sibuk lah cerita pasal pilihanraya. Sebenarnya pekerja SCOMI ni tau asal usul dan rahsia kewangan SCOMI. Nama gah, tapi tak der duit sangat. Biasa la. Company anak PM, biasanya jadi longkang je. Masuk air belah situ, air mengalir ke tempat lain. Tak der air yang bertakung pun. tapi projek banyak gua cakap sama lu.

Aku duduk sana, tengok je besi landasan keretapi yang diorang import dari Cina. Berlori lori datang. Mak aiii. ...punya la panjang. Di bawa ke sana dan dibentuk menjadi lurus dan kalau quality problem, diorang reject. Peduli apa....bukan duit diorang. Duit rakyat. Bila bukan duit sendiri, senang masuk senang keluar. tak rasa bersalah pun. masa tu diorang sibuk dengan projek berkembar dan rail yang diorang masuk kan tu untuk projek tu. Cerita nya panjang tapi cukup lah setakat ini. Cuma nak bagi tau ...dua dua syarikat ni memang mesra antara satu sama lain. Bantu membantu, tolong menolong, rompak merompak. Sikip sama di lapah, banyak sama di belasah.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive