KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jun 11, 2008

Demo harga minyak di Terminal One Seremban 14 Jun ini

harakahdaily - [...] Dalam satu mesyuarat yang diadakan di Pejabat Perhubungan PAS Negeri Sembilan di Seremban semalam, jawatankuasa bersetuju dengan Himpunan Aman yang bakal diadakan di Terminal One, Seremban pada 14 Jun 2008.

Antara yang hadir dalam mesyuarat itu semalam ialah, pimpinan Badan Perhubungan PAS Negeri Sembilan, Pengerusi DAP Negeri Sembilan, Loke Siew Fook, sayap Pemuda Parti-Parti Politik Pakatan Rakyat (KeADILan, DAP, PAS) dan Badan Bukan Kerajaan (NGO).

Dalam mesyuarat tersebut Sekretariat Protes Negeri Sembilan merakam jutaan terima kasih atas penghormatan yang diberikan oleh Protes Pusat yang telah memilih Negeri Sembilan sebagai negeri pertama dalam 'Roadshow Protes; di seluruh negara bagi membantah kenaikan harga minyak.

Menurut Zulkefly, Sekretariat Protes Negeri bersetuju untuk mengadakan himpunan aman ini diadakah di hadapan Kompleks membeli belah di Terminal One Seremban.

Ketika ditanya berhubung keselamatan orang ramai semasa himpunan aman ini, Zulkefly yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan berjanji himpunan ini akan berjalan dengan aman jika tidak ada provokasi dan tindakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. ... selanjutnya.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive