Kalau tahun lepas, RM1.00 dah cukup untuk belanja sekolah. Sekarang kita kena reserved lebih untuk mereka. Kalau nak jimat lagi, bekalkan nasi. Itu baru cerita pasal makan. Belum lagi waktu buka sekolah awal tahun depan. Ada yang ramalkan kenaikan akan berlaku dalam bulan bulan akan datang. Aku dah tarik seatbelt. Juga dah mula risau. Mau tidak .... gaji tak banyak, tapi tanggung jawab lebih.
Berita hari ini ....
Pengusaha kantin sekolah di sekitar Seberang Perai mula menaikkan harga makanan yang dijual kepada pelajar sehingga 30 peratus dengan alasan kos bahan mentah meningkat mendadak sejak kebelakangan ini.Tinjauan Utusan Malaysia di beberapa sekolah di sini hari ini mendapati harga kuih-muih, roti canai dan makanan berasaskan nasi di kantin sekolah naik paling ketara iaitu antara 10 hingga 30 sen manakala minuman kekal pada harga lama.
Pengusaha kantin yang ditemui memberitahu, kenaikan itu tidak dapat dielakkan ekoran peningkatan kos beras, ayam, tepung, sayur-sayuran dan plastik selain tindakan pembekal kuih-muih sekitar Seberang Perai menaikkan harga produk masing-masing. - utusmeloya
Nak mengadu pada siapa? Menteri? tak payah ... buang boreh je. Diorang sibuk kata pantau ... tapi tak buat apa pun. Diorang sendiri tak mahu potong gaji. Seciput potong komisyen dah kecoh satu MALAYA. Sebulan Elaun Keraian diorang pun sama dengan 6 bulan gaji aku. Kalau RM18,000 Elaun berbanding dengan pendapatan korang ... kira sendiri la. Itu baru Elaun Keraian, belum lagi ELaun elaun lain. Pendek kata, tak sentuh pun gaji. Keluar rumah semua dah ada. Minyak percuma, pemandu ada ... dan tu sebab Menteri mati mati tak mahu letak jawatan. Itu belum lagi pendapatan syarikat syarikat diorang.
Kalau nak cerita tentang masalah negara, rakyat tak mahu ambil tahu. Buat keputusan salah, rakyat yang kena.Buat keputusan betul, dia songket bontot naik tinggi.
Aku pelik dengan kerajaan, kalau zaman Mahathir dulu, rakyat aktif berbelanja boleh jana ekonomi negara. Tapi kerajaan sekarang suruh kurang berbelanja. Nak belanja camane? Nak beli barang pun mahal. Agaknya macamana duit nak berkembang? Bila suruh orang politik jaga negara ini lah jadinya. Bukan tak der orang yang bijak. Berjuta ramainya. tapi ramai mereka yang tak pandai politik, diorang tak dapat tempat. Akhirnya negara hancur, rakyat mundur ... kalau rakyat PAPA, korang tau la siapa punca.
Apa apa pun ... menyekolah kan anak sudah menjadi beban dan bukan lagi tanggung jawab. Mahu tak mahu, itu kerja kita. Tapi pada mereka yang undi Kerajaan sekarang pada pilihanraya yang lepas, jangan nak merungut kerana korang lah rakyat sengsara. So korang pikirkan lah ..... Aku tak undi BN, dan aku tak mahu bertanggung jawab langsung.
0 comments:
Post a Comment