Dah masuk 6 tahun Mahathir terlucut dari jawatan dan baru baru ini, keluar dari UMNO. Sekarang dah ada yang semakin berani. Dah tua, tapi pening sampai sekarang. Ada hikmahnya tu. Kes Vk tidak selesai dan sekarang masuk isu lain. Ingat kot dapat rehat dengan cucu, rupanya sampai tua kepala pusing.
“Selepas apa yang berlaku kepada Tun Salleh Abas yang dipecat sebagai Ketua Hakim Negara pada 1988, mereka bimbang mengalami nasib yang sama jika ingkar terhadap arahan pihak berkuasa politik,” katanya ketika dihubungi Berita Harian, di sini semalam.Aku ingat kata kawan kawan. Sekali menipu, perlu 10 tipu untuk tutup satu tipu tadi. Mana mahathir nak lari. asyik di buru dosa lama.
Ketika ditanya sama ada beliau pernah mengalami kejadian seperti itu, Shaik Daud berkata, beliau tidak pernah diganggu orang politik dalam tugasnya tetapi ada pihak atasan kehakiman cuba mempengaruhi tugasannya.
“Wujud cubaan daripada pihak atasan kehakiman yang memberi arahan kepada saya dalam satu kes membabitkan politik. Saya tidak mengendahkan arahan berkenaan dan memberikan penghakiman mengikut kesahihan kes itu,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ian HC Chin, yang mendakwa bekas Perdana Menteri itu pernah membuat kenyataan berunsur ugutan untuk melucutkan jawatan hakim menerusi satu tribunal khas, jika keputusan mereka dalam kes tertentu tidak menyebelahi kerajaan. ..selanjutnya di Bharian
Rujuk berita lain ; Pendedahan hakim: Majlis Peguam terperanjat
dan Perbuatan bekas PM dianggap keterlaluan
3 comments:
Ya Allah, panjang kan umur mahathir. Biar dia tengok apa jadi pada negara gara gara salah dia.
Du'a ini lebih kurang sama dgn du'a yg dibuat oleh almarhum Ustaz Fadhil Noor.
Fadhil Noor .. arwah dah tak boleh tobat - banyak songlap duit derma kat kedah dulu.. masa tu mewah bawa Pajero, sedangkan org PAS yg derma makan ubi gadong. Jangan lupa yekk ...
PakLah bayar judge Ian yg kalah bertanding tu ntah brapa juta utk keluarkan 'cerekarama' terbaru utk psaiko rakyat supaya benci Tun M
Post a Comment