KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jun 11, 2008

Bangunan baru Ibupejabat KeADILan mula beroperasi

suarakeadilan - KeADILan kini maju setapak lagi ke hadapan dengan bangunan ibupejabat barunya yang terletak Merchant Square, di kawasan komersil Tropicana, di Petaling Jaya.

Bangunan dua blok setinggi lima tingkat itu mempunyai keluasan 20 ribu kaki persegi dan dilengkapi dengan pelbagai fasiliti pejabat yang serba moden seperti bilik mesyuarat yang dilengkapkan dengan peralatan komunikasi yang canggih.

Setiausaha Agung KeADILan, Salehuddin Hashim berkata selain daripada pejabat Ketua Umum, Anwar Ibrahim dan Presiden Wan Azizah Wan Ismail, bangunan itu juga menempatkan pejabat Angkatan Muda dan Wanita KeADILan.

Beliau menambah KeADILan juga menempatkan unit jabatan penyelidikan, akrib, komunikasi dan juga pentadbiran di bangunan berkenaan yang bernilai RM6 juta.

“Ahli-ahli sedia ada dan pemohon keahlian juga berpeluang untuk secara terus menyemak status keahlian atau permohonan mereka di bahagian bilik keahlian yang ditempatkan di tingkat satu bangunan ibupejabat bru kami,” katanya lagi.

Salehuddin menambah, buat masa ini bangunan terbabit didiami secara kaedah sewa beli dimana bayaran pendahuluan RM185 ribu dan selebihnya akan dijana melalui Tabung Bangunan Parti yang dilancarkan.

“Bayaran sewa bangunan ini juga sebenarnya didermakan semula ke dalam tabung parti oleh penyokong KeADILan yang juga pemilik bangunan ini dan sememangnya perancangannya adalah untuk memilik terus bangunan berkenaan melalui tabung yang diwujudkan itu,” katanya lagi.

Menurutnya, tabung berkenaan mensasarkan setiap anggota dan penyokong KeADILan menyumbang derma minima RM10 untuk membolehkan hasrat untuk memiliki sepenuhnya bangunan baru berkenaan.

Sebelum ini, KeADILan beroperasi di dua pejabat sederhana, iaitu ibupejabat lamanya di Brickfields manakala pejabat menempatkan Ketua Umum dan Presiden di Seksyen 16, Petaling Jaya.

KeADILan juga telah mengadakan mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) pada hari yang sama parti itu berpindah ke ibupejabat barunya 8 Jun lalu

Alamat ke bangunan baru Ibupejabat KeADILan adalah seperti berikut:
A-1-08, A-1-09, Merchant Square, No 1, Jalan Tropicana Selatan 1, PJU 3, 47410 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
Nombor telefon: 03-78850530 Nombor Faksimili: 03-78850531

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive