Baca dari analisa siasahreform
Satu hal yang ketara Salahuddin tidak berhujah dengan idea kepalanya sendiri dan nampak jelas dia lebih bersandar dengan kenyataan pihak lain dan merujuk petikan buku dan majalah.Walaupun dia diminta mengemukan idea sendiri tetapi saya bersetuju sangat dengan ketegasan Salahuddin yang menyatakan kita perlu mengenepikan politik tetapi semua pertubuhan politik dan NGO perlu diajak bersama bagi membincangkan masalah kenaikan petrol dan membincangkan secara terbuka akan plan jangka pendek dan panjang yang boleh dilaksanakan bagi menghadapi masalah minyak negara ini.Ada beberapa persoalan yang masih berlegar dalam kepala otak aku ... merujuk kepada soalan yang tidak berjawab dari Salahuddin kepada Shahrir ... kenapa kerajaan buat tindakan dan keputusan tanpa berbincang dengan kerajaan Pakatan Rakyat? Kalau pun berjam jam perbincangan di buat, tidak sekali pun mengajak Parlimen untuk berbincang. Bukan kah negara kita demokrasi dan di Parlimen adalah wakil wakil dilantik oleh rakyat?
Memang itulah masalah kerajaan kita yang mana keputusan sesuatu perkara cuma dibuat berdasar pandangan ahli kabinet sahaja . Adalah sangat baik digabungkan seluruh kepala bijak pandai kita berbincang biarpun selama enam bulan sekalipun dalam mencari pendekatan yang terbaik untuk kepentingan negara dan kesejahteraan rakyat.
Kerajaan tidak boleh mengenepikan begitu sahaja peranan pembangkang dan NGO dalam menyalurkan idea yang boleh dikongsi bersama oleh kerajaan. Salahuddin ada menyebutkan bahawa pembangkang pun ada tanggungjawab dalam soal yang dibangkitkan kerana mereka juga ada lima negeri yang perlu dijaga amanahnya . Bermakna pembangkang juga adalah kerajaan dan apalah salahnya dua kerajaan ini duduk di satu meja untuk mencari idea terbaik untuk kebaikan bersama dan rakyat. Tetapi saya lihat Dato' Shahrir seperti merasa YB salahuddin seperti nak berbanggakan dengan lima negeri yang dipegang oleh pembangkang....selanjutnya.
Seterusnya, kenapa lah perlu, minyak dinaikkan harga dan dalam masa yang sama subsidi diberi ... Wal asal balik asil, itu pasal tak hasil. Sedangkan kalau di kekalkan harga minyak, kemudahan itu dinikmati semua orang tetapi subsidi hanya sebilangan syarikat sahaja. Bimbang juga pengagihan subsidi yang tidak telus. Kalau di rujuk. kenaikan harga minyak menyebabkan kenaikan harga barangan lain, pastu .... bagi subsidi untuk kemudahan? Macam ada yang tak kena.
Kesimpulannya ... debat malam tadi, tak membawa sebarang kebaikan pada aku dan hari ini, minyak masih mahal dan aku kena bayar benda mahal yang sepatutnya aku beli murah. Aku tak bijak soal ekonomi, apa yang aku mau, harga minyak selari dengan pendapatan rakyat. Kalau tiada ..... buang masa. Apa Debat pun aku anggap hampessss....
1 comments:
kalau ikut Tun M, 250,000 tong minyak sehari kita jual pada harga tambahan USD10, kerajaan dah dapat RM70 billion!
Khazanah Malaysia penuh dengan duit .. ikut majalah Economist Malaysia perlu subsidi USD15 billion atau lebih sikit RM30billion. Ada lagi baki RM40billion duit petrol utk rakyat.
setiap kali harga petrol naik, setiap kali kerajaan kita lebih kaya ... tapi kita RAKYAT pula yang jatuh lebih miskin. nampak sangat songsang ilmu ekonomi Pak Lah merangkap Menteri Kewangan kita tu.
Post a Comment