harakahdaily - [...] Kakitangan Keselamatan Jabatan Perdana Menteri menyahut seruan menteri mereka untuk mengambil langkah berjimat cermat antaranya tidak menggunakan penghawa dingin tetapi di bilik Perdana Menteri sebaliknya.
Keadaan itu, menyebabkan sebahagian wartawan dan beberapa rombongan Dewan Pemuda PAS Pusat ketika menghantar memorandum bantahan kenaikan harga minyak kepada Perdana Menteri kepanasan.
Ketika itu, beberapa wartawan termasuk dari Harakahdaily dan media arus perdana masing-masing merungut dan bertanya kepada beberapa kakitangan keselamatan.
"Kita kena berjimat-cermat, minyakkan dah naik," kata salah seorang kakitangan keselamatan sebaik diajukan oleh wartawan.
Bahang kepanasan makin terasa apabila wartawan mengerumuni Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hassan ketika beliau membuat sidang media.
Kelihatan beberapa wartawan berpeluh sehingga membasahi baju mereka, namun mereka tetap menunggu untuk mendapatkan kenyataan daripada wakil Pemuda PAS itu.... selanjutnya.
Jun 11, 2008
Bila PM 'cakap tak serupa bikin'
Labels: Belit Pak Lah, Minyak naik
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment