msomelayu | ... Kenapa Murai berkata begitu. Sebabnya tidak ada guna sesuku dinar Kelantan pun bercakap fasal rasuah. Zahirnya nampak orang bercakap fasal rasuah itu mereka tidak suka, benci dan jijik dengan rasuah. Tetapi dalam masa sama mereka juga jadi pengamalnya - (menerima dan memberi) nombor wahid.
Bagi Murai mereka yang bercakap fasal rasuah itu adalah mereka yang pura-pura, munafik atau hipokrit. Kenapa Murai kata begitu, kerana mereka sudah tahu parti yang mereka anggotai itu menjadi pelopor kerja busuk dan hanyir itu tetapi mereka masih betah dan terus duduk dalam parti itu.
Logik Murai senang saja. Kalau mereka benar-benar benci dan marah kepada perbuatan rasuah itu kenapa mereka masih tinggal dalam parti berkenaan. Kalau mereka benar benci kenapa mereka tidak tinggal? Kenapa tidak cari parit lain yang lebih bersih, telus dan menentang rasuah. Bukankah rasuah kini sudah diakui oleh semua orang termasuk dalam Umno sendiri.
Kerana itu bagi Murai mereka yang bersikap hipokrit itu mereka bukan menipu ahli tetapi menipu diri sendiri. Jadi mulai sekrang berhentilah bercakap fasal rasuah dan teruslah anggap rasuah itu satu kemanisan di dalam Umno. Elok kalau Umno mengadakan seminar atau pun konvensyen khas untuk menerima rasuah sebagai satu perbuatan halal dalam parti berkenaan.... selanjutnya.
Nov 18, 2008
Si Munafik Berhentilah Bercakap
Labels: Rasuah BN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment