KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jun 23, 2008

Pak Lah dah nyanyuk

harakahdaily - Pimpinan negara yang diterajui oleh Umno-BN hari ini boleh dianggap sebagai nyanyuk kerana sering membuat keputusan yang memeningkan rakyat.

Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim berkata demikian apabila menggambarkan betapa kepimpinan negara kini semakin tertekan dengan situasi semasa yang semakin membangkitkan kemarahan rakyat.

"Mereka ni boleh dikatakan semakin nyanyuk. Dulu kata tak nak bubar parlimen, tiba-tiba esok dia bubar. Begitu juga kata harga minyak tak akan dinaikkan, tengok-tengok dia naikkan minyak.

"Hari tu kata tak boleh jual minyak kepada orang luar, lepas tu tarik balik. Hari tu dia kata nak bagi gaji dua kali sebulan, orang dapat gaji lagi cepat habis," jelasnya ketika berceramah di Markas MTD Sanglang malam tadi.

Katanya lagi, apa yang dilakukan oleh pemimpin negara hari ini semakin lama-semakin menghakis kepercayaan rakyat kepada mereka.

"Mereka ini nak cari keredaan rakyat pun susah, macam mana nak ceri keredaan Allah pula? Kerajaan yang dah nyanyuk tak sepatutnya kita angkat lagi memerintah kerana kita dah tak nampak lagi mereka dapat melakukan kebaikan untuk rakyat," katanya lagi.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive