berikut adalah kenyataan dari Nora [pejuang reformasi wanita] @ [heroin reformasi] selepas bebas dari tahanan....
nora75reform | ...Sebenarnya mereka yang membodohkan diri mereka dengan menyuruh Nora pergi bermain “bola” lagi bagus. Nora, kemudiannya secara sinis mengatakan bahawa Euro dah habis, nak gi main atau tengok bola buat apa. Nora tegaskan Nora memang hadir untuk bersama rakan reformis lain dan kalau kenyataan ini diambil untuk menjadi bukti kehadiran – ambil lah, ecah tak kisah.... Namun atas nasihat kawan-kawan Nora tidak boleh menulis lanjut perkara ini kerana Nora agak ragui perjalanan tangkapan hari ini. Berbeza sungguh bila Polis memaklumkan bahawa mereka akan memohon ke mahkamah untuk menyambung tahanan Nora. Pelik, mereka nak terus menahan Nora untuk beberapa hari lagi? Kemudian mereka mengatakan bahawa mereka mahu mengambil “Intelligent Statement” , apa jadahnya benda itu? Nora tak pernah lalui perkara ini sungguhpun sudah beberapa kali di tahan. Lebih dari itu gambar di ambil adalah menyeluruh satu badan dan setelah diambil keterangan – keterangan itu terus di buat 30 salinan dan dihantar hari itu juga untuk perhatian sesiapa entah. Mungkin cara baru tetapi berbeza dengan cara prosedur tangkapan yang pernah Nora lalui dulu.
Nora kemudiannya terpaksa menghubungi kawan untuk mengambil barang-barang Nora kerana Nora tidak mahu serahkan barangan yang ada dengan Nora ini kepada polis – takut hilang. Dah lah pada tangkapan yang lepas – semua “hand phone” Nora di ambil dan sehingga kini tidak dikembalikan.... selanjutnya.
respect sama lu .....
Jul 18, 2008
Nora teruskan jua ....
Labels: nora reform
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Jun 23, 2008
Desakan MB Selangor letak jawatan!
nnora75reform - [...] Ini SMS yang Nora terima.no2umno - korang check berita ni klpos dan korang check pulak berita ini .... malaysiakini.
Semua AJK, Ahli AMK, penyokong parti dan aktivis reformasi , sila berkumpul di DIAMOND SQUARE GOMBAK jam 5pm hari ini, kita akan luahkan perasaan pada Yahya Saari, semua bahagian seluruh Selangor sila ambil tindakan/sebarkan segera dan bawa sepanduk.Ini nyata berlainan. Ini perhimpunan yang mendesak MB Selangor untuk meletak jawatan. MB Selangor dikatakan bertindak untuk kroni baru sahaja dan mereka yang berjuang lama tidak diendahkan seolah-olah perjuangan hanya perlu ikhlas bagi mereka yang tercakar dan tercalar kehidupan menuntut reformasi sebelum ini tetapi tidak perlu ikhlas untuk mereka yang selama ini berpeluk tubuh tetapi penuh hipokrasi untuk mencelah dan mendapat habuan hasil dari pengorbanan orang lain. Adil ke macam itu. Kita bercerita mengenai keadilan bukan mempersoalkan apa yang kita dapat dan apa yang orang lain dapat. Kita selalu bercakap mengenai keadilan tetapi kita lupa mereka yang berkorban pun perlu menikmati keadilan yang mereka perjuangkan.
Amat terkejut sekali apabila ada yang berani bersumpah mengenai kenyataan MB Selangor yang berbunyi :Kalau tidak kukuh kewangan jangan berjuang, minyak tak de, kereta rosak dan macam-macam lagi. Kalau kewangan tidak kukuh – kukuhkan dahulu lepas itu berjuang
Amat berbeza sewaktu kita mula-mula terpanggil untuk reformasi. Anwar Ibrahim dalam laungannya menjemput semua rakyat Malaysia, tidak kira siapa – pemandu teksi dan bas, nelayan dan penoreh getah, petani dan buruh termasuk mereka dari golongan profesional untuk sama-sama memperjuangkan keadilan dan memperjuangkan hak rakyat. Laungan suara rakyat suara keramat adalah laungan. Namun hari ini, MB Selangor didakwa mengatakan – orang miskin jangan berjuang. Tidak ke kurang ajar namanya! Namun ini bukan pertama kali Nora dengar MB Selangor ini dikritik. Banyak lagi suara lain seperti “ kalau nak duit pergi jual t-shirt dan topi keadilan dan mereka yang ada wang sahaja ada kuasa. Tuhan saja yang tahu mengenai kenyataan TS Khalid.
... selanjutnya.
Wak di beritahu, Yahaya Shaari ni cukup baik dengan bekas Ketua AMK Selangor, Halimey. Pada awal dulu, bila jawatan Halimey [Ketua AMK Selangor] di ambil alih oleh Khairul [Jonah], keadaan kecoh yang serupa berlaku. Kini Yahaya Shaari diberitakan menerima penggantungan jawatan selama 2 bulan dan masalah serta kaedah yang sama pun berlaku. Huhuhu .. satu kapal, satu cara nampaknya. Disebabkan ini semua ... habis diungkit semua cerita. Aduhhhhh....... Wak tengok je.
Labels: MB Selangor, nora reform
cilok & ciplak by radenjowo 2 comments
Jun 17, 2008
Kes Mahkamah dan PAS terpinggir?
nnora75reform - [...] Saudara kita sorang ini, bukan orang biasa dalam perjuangan reformasi. Penyokong kuat Keadilan kini mengaru-garu kepala dan mengatakan ada kebenaran kalau dikatakan PKR kini sombong. Nora bertanya lagi, sombong – sombong macam mana? Siapa yang berjalan dengan hidung tinggi ini – kenapa? Tak kan la kot?
Namun cerita itu di teruskan dengan keadaan PKR di Selangor serta mereka yang entah dari mana tiba-tiba macam ikan lumba-lumba melompat mahukan itu, nak kan ini. Kronisme pula dikatakan amalan utama dan ada yang “submit” katanya oleh seorang hamba Allah ini sampai 80 syarikat untuk mendapatkan projek. Isykk, Isykkk betul ke? Jangan buat fitnah macam orang yang buat andaian Nora akan masuk UMNO. Belum sahih dah sebakul sumpah seranah.
Lagi malang cerita itu diteruskan bagaimana PAS hanya jadi penumpang dalam Pakatan Rakyat Selangor. Betul ke? PAS dikatakan terpaksa mengikut kerana mahu terus menjaga keutuhan Pakatan. Namun dikatakan PAS tidak ada suara-macam pak turut dalam PKR terus membela dan menjadi suara DAP sahaja. WOW satu kenyataan yang agak besar. Nora mesti mahu tahu sebenarnya. Nora mesti nak tahu kebenaran kerana Nora dalam perjuangan ini diajar untuk tengok pada satu pihak - yakni rakyat. Yang benar itu benar dan yang palsu dan hipokrit itu tetap palsu dan hipokrit lantas perlu di sanggah. Kan kita diajar begitu? Nora mesti nak tahu perkara ini.... selanjutnya.
Labels: nora reform
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments



