tranungkite - [...] Siapakah ulama tersebut? Tidak dinyatakan namanya tetapi banyak fakta2 yang menarik berkenaan ulama tersebut yang boleh membawa kita mengenali siapakah beliau. Antaranya :
1. Beliau merupakan seorang yang terkenal yang berjuang atas nama Islam.
2. Beliau meninggal dunia akibat serangan sakit jantung 6 tahun yang lepas di sebuah Hospital di Kuala Lumpur
3. Jenazah beliau diterbangkan ke sebuah negeri di utara dengan pesawat Hercules TUDM daripada airport Subang. Selain itu jenazah beliau juga diiringi oleh polis.
4. Disemadikan di sebuah madrasah negeri kelahiran beliau sesuai dengan wasiat beliau.
5. Ribuan rakyat hadir dari seluruh pelusuk negara untuk memberi penghormatan terakhir kepada beliau, sehinggakan setiap orang yang datang berebut-rebut hendak mengangkat jenazah beliau.
Itulah antara fakta2 yang dinyatakan tentang jenazah ulama tersebut. Saya yakin, berdasarkan fakta2 tersebut, ulama yang dimaksudkan ialah Almarhum Ustaz Fadhil Nor, mantan Presiden PAS.
Almarhum meninggal dunia akibat serangan sakit jantung di HUKM pada 23 Jun 2002. Almarhum disemadikan di Madrasah Darul Ulum, Pokok Sena, Kedah negeri kelahirannya. Jenazah Almarhum diterbangkan dengan pesawat Hercules TUDM di Subang dan tiba di airport Kepala Batas dengan disambut lebih 20,000 orang. Ramainya orang yang datang untuk memberi penghormatan terakhir kepada Almarhum sehinggakan jalan raya sesak teruk lebih 20 km. Kesan kesesakkan tersebut telah bermula dari tol-tol yang menghala ke Kedah, dan orang ramai terpaksa berjalan kaki ke Darul Ulum sejauh 10 km. Subhanallah...selanjutnya.
Jun 13, 2008
Pesawat bawa jenazah ulama dilindungi awan
Labels: Fadzil Noor
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Apr 12, 2008
Al-Marhum Ustaz Fadhil Doa Mahathir Dipanjang Umur
Detikdaily - Dalam perjalanan untuk hadir ke satu majlis pada tahun 2000, Al-Marhum Ustaz Fadhil Nor pernah berkata kepada kami dalam kereta yang dipandu IB sendiri ketika itu, bahawa beliau mendoakan agar Mahathir dipanjangkan umur untuk melihat kemusnahan yang telah dilakukannya sendiri.
Apakah kini doa Al-Marhum mantan Presiden PAS itu dimakbulkan satu demi satu?
Kemusnahan institusi kehakiman, kerosakan akhlak remaja [dan orang-orang tua pun!], kebejatan sosial, rasuah berleluasa, asas ekonomi yang mula goyah sebahagian besarnya ini adalah hasil tangan Mahathir sendiri. Kebanyakan rungutan yang Mahathir luah kini adalah berpangkal dari Mahathir sendiri. Pak Lah mungkin sebagai perlengkap sahaja.
Saban hari, satu demi satu isu dan pelbagai pembongkaran dihebahkan di dada akhbar dan lain-lain media untuk dihukumkan oleh masyarakat. Kini Mahathir seolah-olah sedang dibicarakan oleh rakyat umum. Walaupun Mahathir tetap menjawab namun suara-suara yang dulu pernah dikunci beliau sudah tidak lagi menikus dengannya. Tidak mungkin mampu Mahathir membela dirinya untuk segala tuduhan dan isu yang dilodehkan oleh mereka yang pernah berada di sekeliling beliau ketika berkuasa selama lebih 22 tahun.
Mereka yang dulu mendiam diri kini bangkit berani bersuara.
Senarai pendakwa raya perbicaraan rakyat Mahathir panjang dan kini bertambah setiap hari [tidak mungkin IB boleh lengkapkan senarai yang kian bertambah itu]. Pak Lah yang sebelum ini hanya sekadar menepis pelbagai tuduhan Mahathir kini telah kian lantang membongkar pula pelbagai dakwaan terhadap Mahathir.
Walaupun ada yang menyebelahi Mahathir dalam krisis kini untuk menjadi peguam bela namun ramai dari "peguam bela ini sendiri turut terbabit dalam pelbagai kes yang dibongkar itu. Dan mereka ini adalah sebenarnya antara barisan saksi utama dalam "perbicaraan rakyat ini.
Dalam membela dirinya, Mahathir turut, tanpa disedarinya sendiri, membongkarkan pelbagai perkara yang sebelum ini rakyat umum tidak tahu. Betul atau tidak kata-kata Mahathir itu dalam keadaan beliau tersempit - banyak yang kita boleh persoalkan. Sememangnya persaksian orang-orang seperti Mahathir ditolak dalam Al-Qurâan.
Apabila seseorang berbohong dia akan berbohong lagi untuk menutup pembohongan lamanya [when you compound a lie, you compounded the consequences]. Dan dia akan terus dengan pembohongan demi pembohongan.
Sekian, IB
Rujuk: ibrahimbaba
Labels: Belit Mahathir, Fadzil Noor
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments

