KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Feb 5, 2008

Penyelewengan di bank tempatan

Penyelewengan di bank tempatan, bekas pegawai bank serah bukti pada BPR
Salmiyah Harun
harakahdaily

PUTRAJAYA, 5 Feb (Hrkh) - Bekas Pegawai Eksekutif Perhubungan Awam, Norhayati Abdullah, 48, menyerahkan bukti-bukti penyelewengan dan rasuah yang membabitkan sebuah bank tempatan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR).

Norhayati yang ditemani Pengerusi Gerakan Rakyat Anti Rasuah (Gerak) Mohd Ezam Mohd Nor, tampil kepada BPR untuk menyatakan komitmen beliau memperbetulkan kepincangan yang berlaku.

Menurut beliau, penyelewengan yang berlaku termasuklah rasuah dan pecah amanah yang melibatkan sejumlah wang mencecah jutaan ringgit oleh pegawai tinggi sebuah bank.

Bagaimanapun beliau enggan menyatakan jumlah wang yang disalahgunakan sebaliknya menyerahkan kepada BPR untuk siasatan lanjut.

Beliau berkata, kes itu berlaku sejak 2004 dan sehingga kini melibatkan pegawai yang masih bertugas dan sudah berhenti.

Ditanya mengapa mengambil masa yang terlalu lama untuk melaporkan kepada BPR, beliau menegaskan bukti yang diperlukan tidak mencukupi waktu itu membuatkan beliau menunggu selama dua tahun.

"Saya menunggu selama dua tahun untuk dapatkan bukti ini," katanya kepada media selepas membuat laporan kepada BPR di Putrajaya.

Beliau pernah membuat laporan kepada Bank Negara dan BPR pada Oktober 2005, tetapi tidak ada siasatan daripada mereka.

"Laporan pada 2005 dan hari ini adalah dokumen yang sama, sama ada kepada Bank Negara ataupun BPR, saya mempunyai cukup bukti," tegas beliau.

Beliau juga menafikan penyerahan bukti penyelewengan ini kepada BPR ada kaitan dengan pilihan raya.

"Kalau ada kaitan dengan pilihan raya saya tidak pergi kepada Gerak sebab Gerak adalah sebuah NGO,"katanya.

Norhayati mula berkhidmat di bank terbabit sejak 1993 sehingga 2005 kemudian beliau dipecat kerana cuba menghalang penyelewengan yang berlaku dalam bank berkenaan sebaliknya beliau yang disabitkan bersalah.

Kemudian beliau membuat laporan polis dan membawa perkara ini ke Mahkamah Industri pada 2006. Kini, beliau bekerja sambilan sebagai penterjemah dan penyunting.

Sementara itu, Gerak turut membuat laporan kepada Pengerusi PAC kerana ia akan mencemarkan institusi dan sistem perbankan di Malaysia.

"Kita merasakan satu keperluan untuk sistem yang telus dalam sistem perbankan dan kewangan dalam negara ini," kata Ezam.

Katanya, daripada maklumat yang diperolehi banyak usaha yang dilakukan untuk menutup kes membabitkan pihak berkuasa.

Merujuk kes Norhayati, Ezam berkata, beliau dipecat untuk mengelak daripada kes membabitkan pegawai yang lebih tinggi terbongkar.

Beliau menyerahkan dokumen rasuah itu kepada Ketua Siasatan BPR iaitu Hj Atan dan Alias. - mks.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive