miorisfandy-politics.blogspot
Setelah bosan dan meluat dengan prestasi Tan Sri Rashid sebagai Pengerusi SPR, Gabungan Pilihanraya Bersih & Adil (BERSIH) telah bertindak mengoyak gambar Rashid di hadapan para media yang dijemput ke sidang akhbar BERSIH pada 1hb Februari yang lalu.
Tindakan ini memberikan pelbagai respon kepada parti politik. PAS / BA tentunya teguh dengan pendirian mereka kerana mereka telah menghantar wakil untuk terus komited dalam agenda BERSIH sejak ia diwujudkan lagi. Perdana Menteri yang merupakan Presiden UMNO mendakwa bahawa tindakan itu adalah satu tindakan yang melampau dan tidak ada adab. Beliau juga menggesa sekiranya perkara itu melanggar batas perundangan, ambil tindakan ke atas mereka yang melakukan sedemikian.
Mengikut Perlembagaan Persekutuan, Perkara 114 (Keanggotaan Suruhanjaya Pilihanraya) (2), ‘Pada melantik ahli ahli Suruhanjaya Pilihanraya, Yang DiPertuan Agong hendaklah memandang kepada mustahaknya diadakan satu Suruhanjaya Pilihanraya yang mendapat kepercayaan awam’.
Tindakan ini mungkin berpunca dari sikap Rashid yang hilang integriti dan kredibilitinya sebagai seorang Pengerusi yang mesti mendapat kepercayaan awam. Rashid seringkali mengungkapkan beberapa kenyataannya yang mirip menyokong pihak kerajaan atau BN.
Kenyataannya yang berbunyi seperti ini, “Saya tidak boleh berbohong yang saya tidak tahu bila (tarikh) pilihan raya umum akan datang. Saya tidak dapat beritahu bila masanya, tetapi saya telah beri cukup peringatan untuk semua pihak membuat persediaan,” – UtusanMalaysia, 16 November 2007. Masakan Rashid tahu tarikh pilihanraya sedangkan tarikh itu sehingga ke hari ini pun belum diumumkan oleh PM. Mungkinkah sudah ada pre-counsel dikalangan mereka?
Bagaimana pula ulasan yang dibuat olehnya ketika Hakim Muhamad Kamil Awang telah menolak keputusan pilihanraya di Likas. Apa yang beliau katakan, "Hakim itu sendiri tidak periksa... dalam 'one side', hakim itu sendiri 'bias' (berat sebelah). Hakim itu got frustrated with certain things dan dia gunakan ini untuk pukul kerajaan bukannya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)," "That was a biased penghakiman. Semua orang bersetuju it was biased penghakiman. Dia tidak melibatkan pengundi hantu," Natijahnya, Kerajaan BN telah mengambil peluang meminda Akta Pilihanraya 1958 Seksyen 9A yang menjadikan Daftar Pemilih setelah diwartakan ”tidak lagi tertakluk atau boleh dicabar, dinilai semula di mana-mana mahkamah”.
Banyak lagi tindakan dan ucapan yang dibuat oleh Rashid sehingga boleh membunuh karakternya sebagai Pengerusi SPR. Sebenarnya Rashid sudah lama boleh berehat sebagai pengerusi, sebaliknya tindakan ahli Parlimen BN dengan menggunakan kuasa super-fastnya telah membuat aksi bulldozer dengan meminda Perkara 114 (1), Keanggotaan Suruhanjaya Pilihanraya adalah terhenti memegang jawatan apabila mencapai umur enam puluh lima tahun atau apabila hilang kelayakan dibawah Fasal (4) dan boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya dengan mengutus surat yang ditandatangani olehnya kepada Yang DiPertuan Agong. Akhirnya, Rashid boleh meneruskan khidmatnya sebagai pengerusi apabila Parlimen bersetuju untuk meminda usia persaraan pengerusi dari 55 ke 56 tahun.
Sama-samalah kita saksikan bagaimana hebatnya SPR pada kali ini mengurus tadbir PRU ke-12 dengan disaratkan lagi dengan isu-isu yang panas dan menekan BN yang berkuasa selama 50 tahun di Malaysia. Kita juga akan lihat, samada tuntutan BERSIH juga akan dilayan oleh SPR atau dibuang sahaja ke dalam laut. SPR hanya berpendapat, PRU yang telus dan bersih adalah HANYA menggunakan peti undi lutsinar sebanyak lebih 50 ribu unit. Difahamkan juga, peti undi itu berharga RM 350 seunit!!
Adakah ini yang dikatakan bersih, telus dan adil! Cukuplah RASHID!
ADA FUNFAIR... UNSUR JUDI???
4 hours ago
0 comments:
Post a Comment