RAKYAT TERTIPU, TIPAH TERTIPU
buletinonline
Sehingga semalam, tidak kedengaran laungan azan dan tidak ditunaikan solat berjamaah lima waktu serta tidak ada kakitangan pihak JHEAT yang bertugas di masjid tersebut. Justeru terpengaruh dengan propaganda iklan televisyen perkampungan hadhari yang menyebut tentang solat, beratus-ratus pengunjung pada pagi Jumaat berpusu-pusu ke masjid tersebut apabila hampir masuk waktu solat Jumaat.
(Foto : Bertukar Hijau? - diwaktu malam)
Namun orang ramai berasa hampa setelah mendapati bahawa masjid yang dibina dengan duit rakyat berharga RM27 juta itu tidak dilaksanakan solat Jumaat dan solat lima waktu secara berjamaah. Perdana Menteri yang merasmikan Taman Tamadun Islam(TTI) semalam juga tidak berkunjung ke Masjid Kristal. Pak Lah yang pernah menjadi imam sembahyang, sepatutnya mengambil peluang untuk bersembahyang bersama-sama rakyat di masjid tersebut.
Masjid Kristal bukan sebuah ‘masjid’ ?
Keadaan ini menguatkan lagi kontroversi dan membenarkan anggapan ramai bahawa Masjid Kristal bukanlah sebuah masjid. Ia hanyalah sebuah bangunan yang dinamakan sebagai ‘masjid’ untuk tujuan pelancongan semata-mata. Ia dinamakan ‘masjid’ bagi memperkuatkan tarikan kepada taman tema TTI. Oleh yang demikian, kerajaan Negeri Terengganu tidak menyenaraikan Masjid Kristal sebagai sebuah masjid sebagaimana senarai masjid-masjid yang terdapat didalam laman rasmi E-Khutbah JHEAT. . more...
ADA FUNFAIR... UNSUR JUDI???
4 hours ago
1 comments:
Assalamualaikum saudara..aku dtg mnjnguk blog ni sbab nk perbetulkan artikel yang ade kt sini.Masjid kristal mmg sebuah masjid&tmpt utk solat..sbenarnye masjid tu blum smpurna lg sbb tu rakyat tidak dapat solat pada ari jumaat aritu.Dlm masjid masih blum bersih&sound system masih blum ok sebab tu tidak dengar laungan azan dari masjid tu.Masjid tu t'paksa di rasmi kan di sbab kan dah dekat nak mengundi..saudara faham kan motifnye.tapi pada ari sabtu 2/2/08 aku menunaikan solat maghrib kat masjid kristal tu,tahap kebersihan dalam masjid belum cukup sempurna dan soundsystem tak berapa bagus lagi.Bagi aku masjid yg berharga 27juta memang membazir sebab masjid tu kecik,mungkin tidak dapat menampung makmum pada solat jumaat.Harap maaf menegur artikel saudara kerana aku tak nak ade yang salah faham dan aku sebagai rakyat terengganu wajib untuk menegur saudara.Aku pun 1 aliran dengan saudara tapi yang salah wajib di tegur.
Post a Comment