Kerajaan BN Tidak Pernah Abai Rakyat Miskin
HUTAN MELINTANG, 5 Feb (Bernama) -- Timbalan Menteri Penerangan Datuk Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak pernah meminggirkan rakyat miskin dan berpendapatan rendah dalam memastikan keluarga mereka tidak ketinggalan dalam bidang pendidikan.
Katanya pelbagai skim bantuan diwujudkan untuk meringankan beban mereka termasuk Tabung Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM).
Tabung itu bertujuan untuk meningkatkan kecemerlangan dan pencapaian pendidikan selaras dengan dasar pendidikan wajib yang berkuatkuasa Januari 2003, katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan bantuan KWAPM kepada 374 pelajar dari 16 sekolah rendah dan menengah Parlimen Bagan Datoh di sini hari ini.
Ahmad Zahid yang juga anggota Parlimen Bagan Datoh, berkata kerajaan memperuntukkan sebanyak RM400 juta kepada tabung KWAPM bagi membantu pelajar miskin seluruh negara.
KWAPM memperolehi sumber kewangannya daripada pelbagai hasil cukai yang dikutip kerajaan dan dipulangkan kepada golongan miskin walaupun golongan itu tidak menyumbang kepada cukai pendapatan, katanya.
"Ini jelas membuktikan kerajaan BN bersikap adil mengagihkan sumber kewangan yang diperolehi dari golongan berada dan disumbangkan kepada golongan miskin," katanya.
Beliau berkata tanggungjawab membela rakyat miskin tanpa mengira kaum telah lama dipraktikkan oleh kerajaan BN.
Oleh itu, katanya, pilihan raya umum merupakan masa yang tepat bagi rakyat semua kaum membalas jasa kerajaan dengan memberi sokongan padu kepada kepimpinan kerajaan.
No2umno - Zahid minta rakyat membalas jasa kerajaan kerana kononnya kerajaan membela nasib orang miskin tak kira bangsa..... (Kejap ... nak ambil tin susu kosong) ........ Ghhhhaaiiiiiittttt TUiiiiiiiiiiiiiii......ggghhheeeaailklklll pppttttuiiiiiii ....... geli geleman pulak tekak ni....macam nak muntah hijau pun ada....komen lain kali lahhhh...
ADA FUNFAIR... UNSUR JUDI???
4 hours ago
0 comments:
Post a Comment