kosmo
ABDUL KADIR selamba berniaga di kawasan Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh, Jalan Damai 7, Kuala Lumpur semalam.
KUALA LUMPUR - Terpaksa berniaga untuk teruskan kehidupan.
Biarpun didakwa ditipu majikan dan terpaksa 'berkampung' di Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh, ada di kalangan warganegara itu memulakan perniagaan secara kecil-kecilan.
Ini kerana, mereka dipercayai sudah buntu memikirkan masa depan yang tidak menentu dan tiada pilihan lagi akibat desakan hidup, biarpun harga barangan jualan itu agak mahal.
Seorang warga Bangladesh, Abdul Kadir, 35, membuka gerai menjual roti, buah-buahan dan rokok di hadapan pejabat pesuruhjaya itu sementara menunggu nasibnya untuk 'mencari makan' di negara ini.
"Saya tidak ada duit, tapi saya pinjam dengan kawan-kawan dan pergi beli barang sebelum berniaga di sini, ada untung saya beri mereka semula," katanya yang sudah hampir sebulan tinggal di kawasan tersebut.
Beliau menjelaskan, usahanya itu hanyalah untuk memastikan keluarga di kampung halaman dapat meneruskan kehidupan seperti biasa di samping untuk kegunaan diri sendiri.
"Saya perlu hantar wang ke kampung, saya pun perlu hidup tapi kerja sudah tidak ada, saya fikir berniaga boleh dapat wang sikit," jelasnya.
Bagaimanapun barangan yang dijualnya lebih mahal daripada harga biasa.
Sebiji buah epal dan pisang dijual pada harga RM1, sebuku roti berharga RM3 dan sekotak rokok yang mengandungi 20 batang rokok berharga RM9.
Kelmarin KOSMO! melaporkan kawasan tersebut bagai sudah menjadi 'mini Dhaka' ekoran ramainya warga Bangladesh berkeliaran dan mundar-mandir tanpa arah sepanjang lorong berkenaan.
Keadaan itu, sekali gus menjadikan suasana di lorong perumahan banglo elit di tengah bandar raya Kuala Lumpur itu tidak ubah seperti laluan di sebuah pasar.
Ini menyebabkan kawasan tersebut menjadi semakin kotor dan berbau busuk akibat timbunan sampah sarap yang ditinggalkan oleh warga Bangladesh berkenaan.
Bagaimanapun, tinjauan semula KOSMO! semalam mendapati sampah-sarap tersebut sudah pun dibersihkan oleh Alam Flora.
Sementara itu, seorang lagi warga Bangladesh, Zahurul Islam, 37, mendakwa, mereka kelaparan kerana makanan yang disediakan oleh pihak Pesuruhjaya Tinggi cuma sekali sehari.
"Pagi kami masak nasi lemak untuk enam puluh orang makan, seorang dapat menjamah sekepal nasi dan separuh biji kentang," katanya dengan nada sedih.
No2umno - Imegresen dan Kerajaan Malaysia sampai sekarang JATUH BODOH dengan isu Bangladesh ni. Kalau dibiarkan ia akan menjadi seperti pendatang yang sebelum ini. Kerajaan sedang menggadai keselamatan rakyat malaysia. Menggadai peluang dan menggadai segala galanya. Dalam pada itu BN terus memberikan janji janji palsunya kepada rakyat Malaysia....Bodoh rakyat kena tipu
ADA FUNFAIR... UNSUR JUDI???
4 hours ago
0 comments:
Post a Comment