n17gombaksetia
Pilihanraya umum ke 12 bakal diadakan tidak lama lagi, rata-rata pemerhati politik meramalkan awal Mac adalah masa terbaik bagi Pak Lah mengadakan pilihanraya. SPR sudah menyatakan persediaan sepenuhnya bagi menghadapi pilihanraya umum ke 12. Oleh itu rakyat Malaysia mengharapkan satu pilihanraya yang bersih dan adil dilaksanakan di bawah kelolaan Tan Sri Rashid. Pilihanraya umum ke 11 telah menyaksikan suatu perjalanan demokrasi yang paling kotor dengan pelbagai penipuan dan perlanggaran undang-undang oleh SPR sendiri, ini bukanlah cakap-cakap tepi jalan atau kedai kopi bahkan dibuktikan di mahkamah.
Di DUN Gombak setia, petisyen yang di bawa oleh PAS berjaya membuktikan kesalahan yang dilakukan oleh SPR seperti pertukaran buku daftar pemilih dan tambahan masa 2 jam. Hakim Mahkamah Tinggi Malaya, Dato’ Md Raus Mohd Syarif ketika membacakan keputusan petisyen pilihan raya bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gombak Setia berkata, pelanjutan masa mengundi itu adalah tidak sah dan daftar nama pemilih yang digunakan juga adalah tidak sah.
Walau bagaimanapun, Hakim tetap menolak petisyen tersebut dengan alasan pempetisyen gagal membuktikan dua kesalahan yang dilakukan oleh SPR itu boleh menyentuh (mengubah) keputusan pilihan raya yang dimenangi oleh calon Barisan Nasional.
Oleh itu, walau apapun keputusan mahkamah, SPR diingatkan supaya tidak mengulangi kekotoran dan penipuan dalam pilihanraya akan datang!
ADA FUNFAIR... UNSUR JUDI???
4 hours ago
0 comments:
Post a Comment