KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jan 23, 2008

Patrick dan PM 'baham' ILKS Bumiputera?

harakahdaily

Dr Azani

Apabila membaca dua kisah latihan kemahiran yang tersiar di Harakah, isu usahawan Institusi Latihan Kemahiran Swasta (ILKS) Bumiputera pada 6 Disember tahun lalu dan Patrick Lim yang membolot latihan ulangan pemandu kenderaan komersil, ternyatalah kepimpinan Abdullah lebih dahsyat mengamalkan nepotisme dan kronisme.

Semua media arus perdana dan altenatif menyiarkan rintihan Jawatankuasa Bertindak ILKS Bumiputera yang terpaksa gulung tikar akibat kegagalan kerajaan menyediakan dana pelatih kemahiran yang mencukupi serta ketiadaan insentif untuk menggalakkan pembangunan ILKS Bumiputera.

Amat menyedihkan, banyak isu yang dikemukakan telah mengambil masa lebih tujuh tahun tanpa sebarang pembelaan. Akibatnya, 700 pusat latihan Bumiputera ditutup. Manakala 50 buah yang masih bertahan sebagai usahawan tulen, kini berdepan risiko ditutup akibat kegagalan PM bertindak membantu usahawan Melayu ini.

Difahamkan juga, semua agensi yang berada secara terus di bawah PM seperti EPU, JPM telah mengambil masa lebih setahun sekadar bermesyuarat tetapi gagal menyediakan pelan pembangunan usahawan Bumiputera dalam latihan dan pendidikan.

Apa yang menyedihkan, belumpun sebarang jawapan dikeluarkan untuk menyelesaikan kemelut ILKS Bumiputera, timbul berita bahawa Patrick, mendapat kontrak latihan kepada 850,000 pemandu bas, lori dan teksi yang setiap seorang dibiayai sekitar RM 800 sehingga 1,400 untuk tiga tahun setidak-tidaknya. Sudah pasti nilainya berbillion ringgit kini.

Kejayaan mendapat kontrak sekelip mata ini, mengundang persoalan. Kenapakah ILKS Bumiputera tidak mendapat perhatian Abdullah? Walhal, mereka usahawan Bumiputera yang menjayakan misi PM iaitu pembangunan modal insan. Mereka bukan saja tak kaya, malah menanggung beban sengsara kerana perniagaan mereka bukan untuk kaya.

Sebagai bekas pengusaha kolej latihan kemahiran swasta, saya simpati dengan Nordin Abdul Malek, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak ILKS Bumiputera dan rakan-rakan yang bertahan kerana masih bersemangat untuk pastikan penglibatan Bumiputera masih wujud ketika institusi pendidikan bukan Bumiputera membina kekuatan mereka. More...

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive