KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jan 23, 2008

Warga emas tuntut Felcra bayar RM5.8j


Berita hairan

KOTA BHARU: Seorang wanita warga emas semalam memfailkan saman di Mahkamah Tinggi di sini, bagi menuntut ganti rugi berjumlah RM5.8 juta daripada Felcra Berhad (Felcra) atas dakwaan menceroboh tanahnya sejak 28 tahun lalu.

Suri rumah dari Kampung Mengkeleh, Pasir Puteh, Kalthum Mt Amin, 61, memfailkan saman itu menerusi peguamnya, Nik Mohamad Anuar Badiruddeen daripada Tetuan N M Amin & Associates.

Nik Mohamad Anuar berkata, Felcra menceroboh tanah milik plaintif yang sah tanpa mendapat kebenaran sejak 1979 membabitkan dua lot tanah seluas kira-kira 0.7 hektar.

Plaintif adalah pemilik sah kedua-dua lot tanah itu di Mukim Telipot, Kampung Baring, Pasir Puteh dan defendan bertindak memajukan tanah itu tanpa kebenaran.

"Defendan bertindak membina bangunan pejabat Felcra, dua unit rumah peneroka dan selebihnya dimajukan sebagai kebun tanaman koko," katanya selepas memfailkan saman itu, semalam.

Nik Mohamad Anuar berkata, berikutan pencerobohan defendan itu, plaintif menuntut ganti rugi am mulai 1979 hingga 2007 sebanyak RM100,000 setahun berjumlah RM2.8 juta. more....

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive