KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jan 23, 2008

ASYIK MELANCONG


Bawa melancong: Cara Sharizat jaga penyokong?
klpos

Oleh Abdul Razak Ismail

KL: Lebih 30 orang pengerusi-pengerusi persatuan-persatuan penduduk di kawasan Parlimen Lembah Pantai dilaporkan telah ditanggung oleh pejabat wakil rakyat Parlimen Lembah Pantai untuk melancong secara percuma ke Incon, Korea selama 4 hari.

Ini yang telah diberitahukan oleh salah seorang pengerusi persatuan penduduk yang mahu namanya dirahsia kepada Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Wilayah Persekutuan, Md. Zaman Md. Tasi pagi tadi.

Menurut pemberi maklum tersebut, seorang kakitangan pejabat wakil rakyat yang terletak di Bangsar Baru bernama 'Ani' telah menghubungi beliau beberapa hari lalu bagi menawarkan pakej melancong tersebut dan meminta beliau dan pengerusi-pengerusi persatuan penduduk yang lain berkumpul dengan paspot masing-masing di KLIA pada 11 malam ini.More...

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive