Tukar buku teks: Satu lagi projek Bebal Nasional(BN)
Wednesday, 23 January 2008
Oleh Rahmat Haron
MESTI BACA "INILAH kepimpinan Umno yang kita nanti-nantikan selama ini," tutur seorang kawan beberapa tahun lalu, waktu Abdullah Ahmad Badawi dinobatkan sebagai pengganti Mahathir.
Sambung kawan itu lagi, "Pak Lah ini seorang pemimpin yang bodoh! Lebih lama Dolah memerintah, lebih bagus untuk pembangkang." Dia berkata begitu dalam menganalisa suatu strategi politik perlawanan menentang rejim Barisan Nasional.
Menukar buku teks untuk komponen Sastera Dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu (Komsas) bagi sekolah menengah yang dijangka guna tahun 2010 nanti; hanya menambahkan senarai kebodohan kerajaan Umno pimpinan pak imam Hadhari.
12 Januari 2008 yang lalu akhbar Berita Harian melaporkan, ""Tindakan tidak menyenaraikan karya SN dan penerima serta pemenang anugerah untuk buku teks yang baru kerana Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK), Kementerian Pelajaran, mendapati sebahagian teks sedia ada berat dan tidak sesuai untuk pelajar."
"PKK yang menyelenggara Jawatankuasa Pemilih Buku Teks Komsas mengatakan karya SN berat dan sarat dengan pemikiran sehingga sukar difahami pelajar. Justeru mereka mencari penulis popular dan teks yang mendapat sambutan pelajar dalam usaha menarik minat mereka dalam Komsas," lapor akhbar itu lagi.
Antara penulis yang bakal menggantikan teks sastera Melayu ialah Ahadiat Akashah, Sharifah Abu Salem dan Mohamad Yazid Abdul Majid atau lebih dikenali sebagai Zaid Akhtar. Menjadi hak mereka untuk menulis. Tetapi tak dapat saya menerima hakikat jika novel-novel kosong pemikiran dan nilai sastera seperti Budak Setan, Budak Rap dan Cinta Tiga Hari karya Ahadiat diangkat sebagai teks sastera untuk dipelajari di sekolah-sekolah.
Semenjak laporan berita itu, tiada laporan susulan dibuat. Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Kementerian Pelajaran diam seribu bahasa. Tiada juga maklum balas sasterawan, penulis, penyair atau novelis disiarkan media arus perdana. Berita itu mati di situ. Kerajaan tidak mahu rakyat jelata tahu dan membincangkan isu ini. Pemenang Hadiah Sastera Perdana, Feisal Tehrani menghentam keputusan PKK habis-habisan di dalam blognya. Dia menyatakan usaha untuk menaikkan golongan penulis picisan oleh DBP telah lama berlangsung, sejak tahun 2006 lagi. Bilamana penulis Ahadiat Akasha mula diarak mengadakan bengkel di sekolah-sekolah dan kemudiannya di hantar ke pertemuan MASASTERA. "Masihkah kau ingat?" Begitu komen Feisal.
DBP hanya dapat bermegah dengan ketinggian banggunan barunya yang mencakar langit sahaja. Banggunan lama yang masih elok ditinggal terbiar dan terbengkalai begitu sahaja. Pasti ramai yang kenyang dengan rasuah dan penyelewengan kuasa hasil pembinaan banggunan baru itu. Pendidikan bahasa ibunda Melayu dalam matapelajaran sains dan matematik terkubur begitu sahaja. Keris dan kejantanan Hishamudin Onn hanyalah wayang semata.
Tiada kejujuran memartabatkan budaya warisan yang sebenar-benarnya. Tulisan Jawi dan sekolah agama rakyat juga terkubur begitu saja. Kini sastera Melayu pula yang mahu disembelih keris tumpul dan bacul itu. Pembunuhnya adalah Umno yang menipu berpura-pura menjadi juara hak Melayu kononnya. Serakah harta dan kuasa telah merasuk Umno. Pak imam Hadhari bertopengkan agama, nafsunya haloba merompak kekayaan negara dan memeras rakyat jelata.
"Saya sekarang mantan Sasterawan Negara," tutur A. Samad Said. Sedih dan marah dia merespon isu buku teks sastera ini. Itulah satu kata buat menjelaskan suasana petang Sabtu 19 Januari 2008 lalu. Secepatnya acara baca puisi "Kata-kata" di Galeri R.A, Kuala Lumpur bertumpu dengan kenyataan keras pengarang ternama itu.
Menurutnya, "keputusan PKK itu kerana ada pemikir di kalangan elita kuasa mahu teks sastera sekolah ditukar." Sayang bahan berita sehebat ini tidak dilaporkan media arus perdana, biarpun wartawan ramai yang hadir pada hari itu. Hanya sebaran emel, laporan blogger dan youtube (lihat: Reaksi Pak Samad) yang menyiarkan laporan.
Kebodohan yang angkuh, sombong dan melampau sering berakhir dengan kesedihan. Pemergian ibunda dan kematian isteri tidak mengundang keinsafan buat diri pak imam Hadhari. Malah dia sibuk berjoli, bermimpi dan bercuti ke sana-sini. Pastilah mendukacitakan bilamana kerajaan dengan bangganya membudayakan kebodohan.
Bertujuan mengaut keuntungan jangka pendek, pendidikan masa depan rakyat dikorbankan. Siapakah mendapat untung bilamana untuk sebuah buku teks sastera yang baru dipilih PKK bakal dicetak 300, 000 naskhah? Jika ada 12 pengarang baru, bayangkanlah berapa besar rasuah dan keuntungan hasil penyelewengan kuasa. Budaya yang memiskinkan ini perlu ditolak.
Kata-kata kawan saya masih terngiang-ngiang, "lebih lama Dolah memerintah lebih bagus." Tetapi, ada banyak hal lagi yang lebih besar daripada sekadar permainan politik merebut kekuasaan, memenangi kerusi pilihanraya dan keinginan menukar kerajaan. Seorang pemimpin bodoh seperti bapa mertua Khairi Jamaludin ini tidak boleh dibiarkan memerintah terlalu lama.
Seorang yang bodoh seperti pak imam Hadhari ini akan bertindak bodoh untuk memperbodohkan orang lain. Lebih lama dibiarkan, lebih hancur manusia dan alam yang bernama Malaysia dibuatnya. Lebih cepat Pak Lah kaki tidur ditumbangkan kekuasaan rakyat, lebih bagus dan sejahtera kita semua. Waktu untuk semua bersatu melawan bapa mertua Khairi ini! Jangan lupa anak menantunya juga.
Penulis merupakan seorang aktivis budaya, penyair, dan pelukis- Pengarang
SAPA IKUT PAS PN TAK SIGN SSPA MEMANG BODOW
13 minutes ago
0 comments:
Post a Comment