dipetik amdang81
Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...
Pagi-pagi lagi aku agak terkejut bila baca paper. Penggerak Pondok Nyamuk, 304 keluar PAS. Kalu diikutkan Jabi ni kampung zaujah aku. Walaupun dia tidak lagi menetap di situ, namun aku biasa ke sana kerana ramai sahabat-sahabat lama yang ada di DUN yang agak ketinggalan itu.
Atas sedikit rasa tanggungjawab, aku bersegera (petang dah sebenarnya!!) mendapatkan sedikit kepastian dari orang tempatan di sana. Kebetulan ada seorang kawan merupakan tenaga pengajar di Pondok Matlain Badrain yang turut dikenali dengan Pondok Nyamuk bekerja di sana. (mesti ada yang kata, ramainya kawan mung medan! situ ada, sini ada. Politik beb! kena kawan belaka!)
Akhirnya terbongkar rahsia bahawa dia ni dipercayai dipecat dari jawatan kerana melakukan penyelewengan dan bukannya letak jawatan untuk bersama PAS. Ada sumber mengatakan sebenarnya dia ni tidak pernah pun mengisi borang PAS dan masih UMNO. Cuma kerana disisihkan UMNO, dia mula merapati PAS. Mungkin sikap PAS yang tidak berburuk sangka menyebabkan dia mudah diterima.
Sebelum tahun 2004, Ustaz Mad (menghormati panggilan seorang sahabat yang masih memanggilnya ustaz) secara rasminya telah dipinggirkan oleh para penduduk Pondok Nyamuk. Ini disebabkan perlakuan 'kurang sihat' yang diamal olehnya yang dikesan oleh para penduduk pondok. Ramai anak muda mengadu menjadi mangsa perbuatan Ustaz Mad tersebut. Sehinggalah dia sendiri terasa terpinggir dengan perbuatannya itu dan mula keluar dari kawasan pondok.
Memang dia masih punya rumah dalam kawasan pondok, tetapi rumah tu sesekali sahaja dijenguk. Orang sekeliling juga sudah tidak ambil peduli dengan dia. Akhirnya dia muncul kembali dengan masuk UMNO. Jika dia dikatakan penggerak Pondok Nyamuk, penduduk tempatan mudah sahaja menafikannya kerana dia sendiri datang selepas pondok itu dibangunkan.
Siapa pula Abdul Manaf Idris yang dikatakan Bekas Ketua Pemuda PAS Besut di dalam Akhbar Utusan? Ingatkah kalian pada Ayah Pin Angkasawan Pertama Negara? Jika ingat, tentu kalian ingat bagaimana Ayah Pin terpaksa naik ke 'Langit' setelah 'Perkampungan Hadharinya' dirobohkan oleh sekumpulan lelaki. Kumpulan lelaki itu turut disebut diketuai oleh bekas pimpinan PAS Besut. Sebenarnya Abdul Manaf ini merupakan sebahagian dari pengikut bekas pimpinan PAS terbabit iaitu Ustaz Abd Latif. Ustaz Latif menjadi bekas pimpinan setelah dipecat keahliannya oleh PAS. Abdul Manaf sendiri sebenarnya sudah lama mengisi borang UMNO. Mungkin ini kali ke 10 dia masuk UMNO. Biarkan dia. More...
0 comments:
Post a Comment