Radzi: "Saya seperti jin dalam botol"
MStar
PUTRAJAYA: Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad berkata beliau menerima banyak panggilan telefon, khidmat pesanan ringkas (SMs) dan surat daripada ahli parti yang meminta dicalonkan untuk bertanding dalam pilihan raya umum ke-12 ini.
Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri itu berkata tindakan mereka itu seolah-olah menganggap beliau boleh menentukan orang untuk menjadi calon sedangkan beliau sendiri tidak tahu tempatnya di mana dan sama ada dicalonkan atau tidak.
"Sebagai Setiausaha Agung BN, dalam saat-saat menghadapi pilihan raya, banyaklah saya dapat SMS, panggilan telefon, surat, untuk menjadi calon. Semua nak jadi calon, seolah-olah saya boleh menentukan orang untuk menjadi calon.
No2umnO - Secara tidak langsung, Radzi mendedahkan betapa gila kuasa nya puak puak UMNO di dalam politik tanah air. Beliau yang kononnya rapat dengan Dollah Badawi cuba di pergunakan bagi pencalunan pada pilihanraya tahun ini. Kalau sebelum ini kita tidak tahu, sekarang kita sudah tahu. Hakikatnya UMNO dan BN telah menjadikan ramai pemimpin Melayu kaya. Maka dengan itu, ramai antara mereka yang mencalunkan diri sendiri. Sedangkan mereka semua itu tahu bahawa tanggung jawab menjadi calun bukan lah mudah. Itu hakikat sebenar sebagai pemimpin tetapi berlainan dengan UMNO dan BN yang menjadikan ianya sebagai batu loncatan untuk menjadi lebih kaya. Teringat akan sessi memilih penyanyi oleh Akademi Fantasia dan lain lain rancangan realiti di negara kita. Nyanyi macam katak, tapi teringin nak jadi penyanyi. Bila tidak dipilih, masing masing marah, kononnya pengadil tidak adil sedangkan katak tidak pernah sedar dirinya katak. Cuba melompat tinggi tetapi tetap jatuh ke tanah. Untung katak mati kenyang. Rugi katak mati dilanggar tayar kereta baru aku. Opppsss tayar baru, tapi kereta lama.
0 comments:
Post a Comment