Member talipon membebel....... aku dengar jer.
HARI YANG MENYAKITKAN
Pulang kerja anak dah mengamuk. Minta baju Tunas Kadet kokurikulum. Aduh....tak per. Anak punya pasal ikut kan juga. Bimbang juga kalau kalau anak kena hentam dek cikgu kat sekolah.
Pergi ke kedai menjual uniform. Topi + baju kemeja + seluar + lencana = RM80.00
Kepala menggelengkan kepala. Kalau dicampur dengan yuran yang KONONnya kurang tu dah masuk berapa ratus? 3 anak sekolah ... terduduk juga.
Aku tak pernah jadi kadet pun, tapi boleh gak berjaya. Bukan lah hebat sangat tapi sekurang kurangnya aku boleh bela keluarga, membalas jasa ibu dan bapa. Tanya menteri menteri kat Malaysia dan ahli perniagaan yang berjaya ... berapa ramai yang masuk kadet ketika sekolah dulu?
Tak tau la. Sudah lah pendapatan semakin kurang, tak lama lagi jadi sifar. Melayan karenah sekolah anak anak pun sudah pening kepala. Kalau begini lah hidup di Malaysia, rasa nak pindah ke Dubai. Susah pun tak per kerana itu negara orang. Kalau dah dinegara sendiri pun dah macam nak pengsan. Nak merompak, tak pernah buat. Nak mencuri, takut berdosa. Nak masuk UMNO, pantang sekali.
Cikgu pun satu hal. Minta hari Isnin, hari Rabu kena pakai uniform. Mungkin cikgu ingat aku ADA kilang DUIT kot. Cikgu memang lah cikgu, tapi yang bersalah kementerian. Rakyat tidak hentam kementerian tapi rakyat hentam guru guru, sedangkan guru guru ikut arahan kerajaan. Yang selamat kementerian, yang kena guru. Menteri duduk kat opis kira berapa juta masuk hari ini. Bagus punya kerja.
Aku tekad, nak jadi apa pun jadilah....kalau tak ubah, keadaan makin meruncing. Mahu berbelanja besar atau mahu pendapatan besar. kalau begini lah bentuk kerajaan, tak payah ada kerajaan pun tak per. Kalau begini lah pemerintahan Barisan Nasional, tak ada pun .... aku tak kisah.
Kali ini aku Undi Barisan Alternatif. Kena ajar sikit UMNO dan BN supaya jangan buat tindakan dan keputusan ikut sedap tekak sendiri dan ikut kemampuan para menteri. Pasti belanja RM80.00 bagi menteri bagaikan dicelah gigi. Tapi dengan RM80.00 aku boleh beli beras untuk 2 bulan sekurang kurangnya.
No2umnO - Nasib baik aku undi Barisan Alternatif dari dulu. Sekurang kurangnya aku tidak bersubahat dengan UMNO dan BN untuk menyusahkan rakyat. Tapi malangnya ... keputusan yang BN buat, aku pun ikut pening. Kalau arahan BN, orang BN saja yang ikut ... tak per gak. Ini, keputusan BN, cukai semua kena bayar, arahan semua kena ikut. Kalau tak buat kena pulak. Demokrasi kononnnnnnn.....
PEMIMPIN PN OTAK KEMETOT.
7 minutes ago
0 comments:
Post a Comment