"Sekarangpun saya sedia berundur" kata Samy Vellu
mstar
KUALA LUMPUR: "Sekarangpun saya sedia berundur," jika masyarakat India tidak lagi memerlukan, kata Presiden MIC, Datuk Seri S.Samy Vellu Selasa.
Samy Vellu yang juga Menteri Kerja Raya bagaimanapun menegaskan bahawa sebagai pemimpin masyarakat India, keputusan mestilah dibuat oleh masyarakat kaum itu dan bukan orang luar.
"Jika masyarakat India memutuskan mereka tidak lagi memerlukan saya... saya sedia berundur, malah sekarang pun saya sudah bersedia," katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai persediaan parti itu menghadapi pilihan raya, selepas menyampaikan ucaptama pada Persidangan Seluruh Komanwel mengenai Profesional Perkhidmatan Perdagangan, di sini.
Samy Vellu yang merupakan menteri kabinet tunggal kaum India, berkata pilihan raya umum kali ini mungkin pemilihan terakhir buatnya.
"Saya mungkin tidak (bertanding pada pilihan raya umum) penggal depan," katanya yang sudah menjadi anggota Parlimen Sungai Siput selama lapan penggal.
more...
No2umnO - Dasar politik BN. Tidak sedar diri. Orang dah tak mahu, masih berdalih dalih. Kononnya orang tak mahu, tapi tak angkat kaki. Berikan alasan lagi. Deyyyy.....Samy dan pemimpin BN. Sudah lah !!!!
0 comments:
Post a Comment