KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Feb 19, 2008

Untuk pengundi2 ADUN Sindumin

dunsindumin

Untuk pengatahuan bakal pengundi-pengundi DUN Sindumin -terutama sekali kepada bakal pengundi2 yang belum berkesempetan bertemu dengan saya dimana-mana ceramah di Sipitang

Saya terangkan secara ringkas bersiri dalam blog ini antara sebab-sebab yang mendorong saya menawarkan diri menjadi calon PKR pada pilihana raya kali ke 12 ini.

Banyak isu-isu yang harus diketenggahkan; saya akan bermula dari sini.

* Isu-isu kepimpinan

* Isu salah guna kuasa

* Isu keterampilan pemimpin

Isu-isu ini mempunyai hubung kait secara langsung dalam kontek tempatan seperti DUN Sindumin.Kegagalan membuat penilaian bijak, akan meneruskan dan memanjangkan masa pemimpin yang ada sekarang. Mereka akan terus menyalahgunakuasa dan akan terus mengaburi mata rakyat terutma sekali penduduk kampong yang kurang terdadah, dan sentiasa dipaksa oleh pemimpin dan wakil-wakilmereka supaya mempercayai bahawa kempimpinan mereka sahaja yang betul dan harus diikut, kalau tidak kemudahan yang diberi oleh kerajaan akan di tarik balik.

Ini bukan demokrasi mengikut perlembagaan Negara kita. Di negara kita tiada siapa yang lebih berkuasa, yang lebih tinggi kedudukannya selain dari yang disebutkan dalam perlembagaan. Apa yang dilakukan oleh pemimpin kita akhir-akhir ini banyak bertentangan dengan undang-undang negara. Perbuatan seperti ini merosakan berbagai bidang yang dulunya dipuja dan dipuji.

Di Sipitang ini sebenarnya banyak lagi pemimpin-pemimpin yang layak, mampu, berdaya saing, berilmu dan berakal lebih mulia dari pemimpin Barisan Nasional BN Sipitang, terutmanya dari parti UMNO.

Kalau kita tidak cabar pemimpin2 Sipitang yang mediocre dan stereotype ini kelihatan mundar mandir tanpa haluan ianya akan berterusan, entah kemana generasi kita suatu hari nanti...

Sipitang memerlukan pemimpin yang dynamik dan down to earth dengan rakyat, kita dalam era yang mencabar, kalau sekadar jaguh kampong jangan cerita mau jadi jaguh global, sebab selama ini kita tidak nampak pun keterampilan seperti yang diperlukan oleh dunia masakini.

Slogan berkhidmat untuk rakyat sebenarnya rakyat berkhidmat untuk wakil rakyat. Ada pemimpin kita betul-betul turun padang? Ada cerita apa-apa hasil turun Dewan naik Dewan? Ada dengar wakil kita bahas masaalah rakyat dalam Dewan seperti yang diamanahkan?

Senyum dan limbai tidak akan mengubah nasib orang-orang Sipitang. Sudah tiga panggal, cukup panjang untuk kita melihat keberkersanan mereka.

Bersambung…

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive