KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Nov 23, 2008

Kerajaan Perak terbit 'Fakta', tangani propaganda Umno/BN

harakah | ...Menteri Besar Perak, Dato' Seri Muhammad Nizar Jamaluddin mengakui bahawa kerajaannya sekarang sejak ditubuhkan sembilan bulan lalu hingga ke hari ini sering diburuk-burukkan dengan pelbagai tohmahan dan propaganda jahat Umno-BN.

Menurutnya, disebabkan Jabatan Penerangan sedia ada tidak dipercayai langsung, maka terpaksalah kerajaan negeri ketika ini menubuhkan unit Penerangan khas untuk memerangi perbuatan umno/BN yang tidak bertanggungjawab untuk melemahkan kerajaan negeri.

"Maka hari ini dengan tugas sulung unit tersebut telah menerbitkan buletin Edisi Khas FAKTA mempunyai empat muka surat untuk menangkis berita-berita dan isu-isu terkini seperti 'MB rampas kamera', 'Wartawan media arus perdana putar belitkan fakta Cukai Pintu MBI' dan fitnah oleh umno-BN tentang Perjanjian Pangkor 11 itu, dapat dipatahkan,"jelas Muhammad Nizar semasa berucap merasmikan majlis Urus Setia Penerangan Kerajaan Negeri Perak di Dewan Serbaguna, Bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) di sini semalam.

Tegasnya, Kerajaan Perak mulai dari sekarang akan menggunakan FAKTA untuk membalas balik propaganda dari umno-BN.

"Jika terdapat isu-isu panas memburukkan Kerajaan ianya diterbitkan segera sebagai 'balas balik' untuk rakyat membaca dan mengetahui kedudukan sebenarnya.

"Ianya diberi percuma dan dicetak sebanyak 30,000 naskah setiap keluaran,"katanya. ... more.
Siapkan lawyer .... saman media BN@UMNO sampai rentung.
Seminggu satu saman, lama lama kita gadai Utusan dan mangkuk yang lainnya.
Apa kata botak arab ....Perlu ada kod etika penulis blog, komuniti Internet
Wakakaka .. blog je. media tak payah .. mangkuk tingkat !!!

3 comments:

Anonymous said...

Satu tindakan yang bijak YAB Nizar.Kita lawan fitnah dengan fakta. Bior deme terngange. Sebarluaskan risalah tersebut..... bior semue orghang tau weh!!!!!!!! Syabas!

Unknown said...

Memang bagus tetapi edarannya hendaklah menyeluruh. Jangan setakat cetakan seribu atau dua ribu saja. Rakyat Perak ramai dan Daerah pun banyak.

Anonymous said...

...."disebabkan Jabatan Penerangan sedia ada tidak dipercayai langsung, maka terpaksalah kerajaan negeri"....

Jabatan penerangan negeri sekarang kerja untuk UMNO ke?. Serope macam kes di Kelantan mase PAS mole merintah dulu. Deme tak amanah...jawab ler masa dalam kubu nanti.

Posting terkini

Blog Archive