KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Nov 5, 2008

Keluar Dewan: Khalid pun nak tumpang sekaki…

Agendaselangor | BURU GLAMOUR…Ahli Parlimen Bandar Tun Razak yang juga Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim tiada di Dewan Rakyat ketika ketuanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ahli pembangkang lain keluar dewan sewaktu Datuk Seri Najib Tun Razak menggulung Bajet 2009 di parlimen, Selasa.

Beliau tiba kira-kira jam 6.15 petang, selepas Anwar meninggalkan parlimen sebaik sahaja selesai mengadakan sidang media mengenai tindakan pembangkang keluar Dewan.

Khalid dilihat tergesa-gesa naik tangga menuju lobi dan kemudian berbincang dengan ahli parlimen Batu, Tian Chua yang diarah Yang Dipertua Dewan Rakyat, keluar dewan kira-kira jam 5.25 petang kerana tidak memperdulikan arahan Tan Sri Pandikar Amin Mulia supaya jangan menganggu Najib berhujah.

Tidak lama selepas itu dengan ditemani Tian Chua, Khalid menuju ke sudut Sidang Media Parlimen untuk mengadakan sidang media mengulas tindakan pembangkang keluar dewan.


Sebelum panjang lebar beliau mengulas, Agendadaily bertanya Khalid, kenapa beliau hendak mengulas kejadian itu sedangkan beliau tiada di Dewan Rakyat ketika kekecohan berlaku.

Air mukanya jelas berubah tetapi akhirnya mengakui beliau memang tiada ketika itu dan baru sampai.

Katanya, beliau menerima panggilan telefon dari rakan-rakan lain mengenai perkara tersebut dan ingin mengulasnya.

“Seronok tengok Khalid telan air liur dua tiga kali sebelum jawab soalan you,” kata seorang wartawan sebuah stesen TV kepada AgendaSdaily yang turut pelik melihat Khalid buat PC sedangkan beliau tiada di parlimen ketika itu.

Bagi mereka yang mengenali Tian Chua pula, perkara ini memang tidak pelik bagi Ketua Penerangan PKR itu kerana beliau sebelum inipun ada kalanya lebih banyak bercakap daripada Anwar.

6 comments:

Anonymous said...

Dah la tak pandai bercakap .. nak bercakap.
Patut la selalu kecundang, melalut lalut

rasaBijak said...

muahahahahahahaha

kakakakakakakakakakakaaa

Anonymous said...

Aduh malunya

radenjowo said...

kata Rasa bijak ...
aku yg rasa bijak ni cukup meluat dgn org lain yg turut sama rasa bijak; cukuplah sekadar aku seorg saja yang rasa bijak...

MB pun rasa bijak

Anonymous said...

KAMURANG APASAI NAK HENTAM KAHLID !!!!!!

Anonymous said...

KAMIRANG NAK HENTAM KAHLID SEBAB DIA SLOW BUAT KERJA !!!!!

Posting terkini

Blog Archive