harakah | Lim, mempersoalkan pendekatan-pendekatan yang diumumkan oleh Menteri Kewangan, Dato' Seri Mohd. Najib Tun Razak semalam untuk menangani kesan krisis ekonomi.Tau ke dia buat kerja tu? Atau dia perasan Bajet 2009 tu milik dia dan batalkan pembentangan awal? Atau ...disebabkan jarang sangat datang Sidang ... dia tak tau undang undang?
Penasihat DAP itu meminta penjelasan sebelum bermulanya sesi perbahasan ke atas rang undang-undang perbekalan 2009 mengenai peruntukan RM7 bilion yang diluluskan semalam.
Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim juga mempersoalkan sama ada ucapan penggulungan semalam merupakan bajet baru ataupun Bajet 2009 yang dibentangkan Ogos lalu.
Sementara itu, dalam satu sidang media Anwar berkata, Najib telah melanggar peraturan dan undang-undang dalam isu belanjawan negara.
Malah katanya, apa yang dilakukan oleh Najib satu tindakan yang belum pernah berlaku dalam sejarah setiap belanjawan yang dibentangkan hendaklah dibahaskan kemudian dijawab semula oleh menteri terbabit.
Katanya, belanjawan baru yang dibentangkan akan melibatkan pindaan kepada unjuran, inflasi, defisit, pendapatan dan perbelanjaan yang berbeza.
"Mengikut peraturan, apabila saya sebut dalam dewan dalam menambahkan usul yang dibangkitkan oleh Ipoh Timur, ahli BN cuba menolak tapi sebenarnya peraturan itu telah dilanggar," katanya.
Anwar menegaskan, jika hendak membuat pindaan dalam jawapan menteri hendaklah diberikan notis dua hari sebelum sebagaimana yang dijelaskan dalam Peraturan Mesyuarat Perkara 66 (15).
"Kita kena ikut peraturan, yang mana yang diluluskan semalam? Belanjawan Abdullah atau Najib, kemudian speaker umumkan yang diluluskan itu adalah belanjawan Najib. ... selanjutnya.
Hish .... macam macam.
0 comments:
Post a Comment