KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Nov 5, 2008

Ahmad Said punca GIANT gagal operasi

Mkini | ...Giant gagal beroperasi di Mesra Mall, yang dibuka awal bulan lepas, lebih sebulan selepas gagal mendapatkan kelulusan daripada Majlis Perbandaran Kemaman (MPK), didakwa akibat campur tangan Datuk Ahmad Said.

Sumber-sumber pasar raya itu dan MPK memberitahu Malaysiakini minggu lepas, ia bercadang membuka premis barunya di Mesra Mall di Jalan Kemaman-Dungun sejak 24 September tetapi gagal mendapat lesen.

giant hypermarket and mesra mall terengganu 281008 buildingRangkaian pasar raya milik GCH Retail (Malaysia) Sdn Bhd, yang berusia 60 tahun, difahamkan selewat-lewatnya dibuka pada 15 Oktober tetapi hingga sekarang tidak jelas kenapa belum menjalankan perniagaan.

Sumber di pihak berkuasa tempatan itu berkata, masalah lesen Giant itu "berkaitan dengan Datuk Ahmad", yang juga wakil rakyat Kijal.

Usaha Malaysiakini banyak kali sejak Selasa minggu lepas gagal mendapatkan reaksi menteri besar berkenaan.

Bercakap kepada akhbar Sinar Harian selepas pulang dari luar negara Khamis lepas, Ahmad dilaporkan bersedia memberi penjelasan mengenai perkara itu ketika bertemu media selepas mesyuarat mingguan exco hari ini.

Sumber pasar raya terkenal itu mendakwa ia telah memenuhi semua syarat yang ditetapkan untuk menjalankan operasinya termasuk mendapat pengiktirafan keselamatan daripada jabatan bomba dan mengikuti garis panduan pengubahsuaian bangunan MPK.... selanjutnya.

3 comments:

mangchikla said...

Weih bang . den poii Dungung pada 27th Oct 2008 lalu kat Paka tgk stedy je Mesra Mall bukak?

Anonymous said...

BUDU AHMAH SAID ! PALUI SAPE RUGI? RAKYAT YG RUGI ! TU AHMAD SAID MESTI NAK MINTA HABUAN ! KAHKKK PUIIIII,......

Anonymous said...

bodoh punya ahmad said..eksen,sombong bongkak punya orang..pembangkang kat sini pun lagi suka kat idris jusoh..pandai hormat orang tak kira sapa pun

Posting terkini

Blog Archive