KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Nov 5, 2008

Caruman EPF turun, siapa untung?

Semalam ada seorang mangkuk dah umumkan penurunan caruman KWSP untuk rakyat dan Syarikat. Usaha ni kononnya nak bagi rakyat lebih berbelanja.

Sebelum ini caruman KWSP adalah 12% oleh syarikat dan pekerja 11%
Di turunkan kepada 11% syarikat dan 8% pekerja.
Kalau di lihat dari segi keuntungan kepada kakitangan, 3% untung berbelanja bersamaan dengan 3% rugi simpanan.
Manakala pada majikan 1% untung majikan sebab tak payah carum untuk korang.

Barapa banyak sangat boleh di belanjakan, kalau kakitangan di potong jumlah carumannya. Dan jumlah tersebut kalau di simpan di dalam KWSP, ianya akan bertambah pada setiap bulan dan kalau termasuk faedah, keuntungan akan berlipat kali ganda.

Korang tak payah kira pakai calculator. Ini mudah punya sifir pun boleh guna. Kalau gaji korang RM1,000, jumlah tidak potong untuk KWSP adalah cuma RM30.00 sebulan. Jumlah ni korang nak bayar apa? Top up handphone, isi minyak, beli tanah, beli rumah, tukar tayar atau bayar roadtax?

Sebenarnya ... dengan pengurangan 1% dan 3% itu, majikan akan untung 1%, manakala peniaga yang menerima wang yang kita belanjakan itu untung sebanyak 3%. Sebulan lebih RM30.00 sekarang ni, cuma celah gigi je.

So dari segi simpanan kakitangan, korang dah rugi [ 3% + 1% ] 4% setiap bulan. Dan KWSP pun tak payah bayar korang punya faedah lebih lebih.

Dalam tempoh 20 tahun bekerja, korang darabkan 4% x 12 x 20 tahun dan kalau di campurkan faedah, berapa jumlah kerugian anda semuanya?

Wakakakakak ... kena lagi.

10 comments:

Anonymous said...

satu lagi cadangan yang bodoh dibuat oleh pak menteri malaysia. yang menyokong pun bodoh jg. asik kene jer jd rakyat malaysia. kalau diberi pilihan, baik jadi rakyat negara england.....busuk punya olang

Anonymous said...

betul tu kalbun, tapi kalau tak nak duit tu bole bagi aku.

Anonymous said...

memang mangkuk pun.....orang nak tambahkan tabungan...dia nak keluarkan belanja.... tahulah bini mangkuk ni kuat shopping..

Surah rakyat tiru perangai bini dia mangkuk ni kot?

Anonymous said...

Bukan macamtu,
Jika anda prihatin kepada keadaan yang ada sekarang ni. Anda seharusnya ikhlaskan diri anda. Insyallah ia akan menjadi amal murni dan jika ianya amal anda akan mendapat pehala. Apa sangatlah RM30.00 sebulan umpamanya dibanding bertahun-tahun lamanya didalam syurga?

Anonymous said...

3% tu option je kan... kalau tak nak, still boleh kekal dengan 11%

Anonymous said...

Sepatutnya kita digalakkan menabung bukan membazir beli yg tak berfaedah.Nak makan pun kita kena pandai berdikit-dikit.Jangan banyak makan di luar.Makan untuk hidup,bukan hidup untuk makan.Amalkan makan bersama,insyaallah makanan yg kita nampak sedikit tu akan dicukupkan Allah untuk kita sekeluarga .Syukur,hamba bukan org kaya tetapi tidaklah terlalu susah.

Anonymous said...

alamak.. dapat salah info ke? yang pertama.. reduction tu utk bahagian pekerja je.. dan kita boleh pilih... nak kurangkan potongan kwsp atau nak kekal cam biasa. yang kedua.. benda ni tak kacau pon bahagian majikan.

Presently, the employer’s EPF contribution is 12% while employees contribute 11%.

“With the reduction, the total contribution is still at a reasonable rate of 20%, which is 12% from the employer and 8% from employee,”

Anonymous said...

entah la bangang ke bodoh sape yg tulis baca la btol2!!

"Presently, the employer’s EPF contribution is 12% while employees contribute 11%.

With the reduction, the total contribution is still at a reasonable rate of 20%, which is 12% from the employer and 8% from employee,"

faham ke tidak?takde kene mengena langsung ngn potongan majikan..
lagi satu kau setakat ckp org gaji yg rm1000...ko tau tak berapa ramai kat mesia ni yg gaji dia 3-6 ribu sebulan??

so..dengan potongan mcm tu..gologan2 yg gaji 3-6 ribu ni mesti la galak berbelanja..so akan rolling la duit dlm mesia..sbb nak menambahkan kebergantungan ekonomi dalam negeri..sbb luar negeri esp. negara2 maju mengalamai masalah ekonomi..ape la sengal..

Anonymous said...

hassan ...
Beapa projek umno dah bagi?

Anonymous said...

tp kalau yg berfikiran matang, kalau bkn utk dibelanjakan pun.. 3% yg dh dikurang tu kan boleh di simpan ditempat yg boleh memberikan pulangan yg tinggi.. mcm unit trust ke

Posting terkini

Blog Archive