KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Showing posts with label Bajet 2009. Show all posts
Showing posts with label Bajet 2009. Show all posts

Nov 10, 2008

KWSP diminta kaji prosedur potongan automatik

[...] Setiasuasaha Eksekutif MASEU, Mustafar Maarof, berkata dalam satu kenyataan hari ini kesatuan itu tidak pernah membantah cadangan potongan itu tetapi hanya mahu satu prosedur pilihan yang lebih demokratik dilaksanakan untuk pencarum.

Semalam, Menteri Kewangan II, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, berkata kerajaan tetap dengan keputusan membenarkan KWSP membuat pengurangan potongan tiga peratus secara automatik kecuali pencarum yang memilih untuk kekal pada kadar lama.... selanjutnya.
Melihat pada cara .. kerajaan mahu semua pencarum untuk memotong caruman dan pada mereka yang tidak mahu memotong, terpaksa isi borang. Jika peratus yang memilih untuk tidak mencarum lebih tinggi. Masalah timbul kepada kakitangan tersebut dan kakitangan KWSP.

Nak 'key in' semua dokumen tersebut bukan senang beb. Cerita memang senang, perlaksanaannya muntah nak buat. Mungkin usul ini tidak di bincangkan dengan KWSP terlebih dulu. Yang pening ... bukan aku. wakakakakak.

Nov 8, 2008

Potongan Caruman KWSP tak praktikal

NST | Various parties have voiced concern about the procedure for workers to reduce their contribution to the Employees Provident Fund (EPF) by three per cent for two years, which the government has proposed.
.....
Following up on the announcement, the EPF had instructed that those employees who did not wish to reduce their statutory contribution from 11 per cent to eight per cent a month would have to state that in writing by filling up a form
.....
Malaysian Trades Union Congress general secretary G. Rajasekaran said many employees would not bother filling out the form and, by default, would subscribe to the reduction from Jan 1 "somewhat compulsorily" when in principle, the exercise was voluntary.
.....
Noting that EPF contributions were savings meant for old age and that it was important that such savings were not reduced, he suggested that only those who wished to opt for the reduction be asked to sign KWSP Form 17A.
.....
The Malaysian Airlines System Employees Union (MA-SEU) thinks similarly.... selanjutnya.
Wakakakakakak ... gua dah bilang. KWSP untuk simpanan, bukan untuk belanja. Konsep dah lari. Pariyahhhhh punya idea.
Dari sapa ni? Dari RTB ....... rendang tak berbuah. Tinggi tak berbiji. Wakakakak

Rujuk berita STAR juga.

Nov 5, 2008

More money in ur pocket, less money in ur saving

Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Razak said with the reduction, the level of contribution would still be at "a very reasonable 20 per cent, with employers contributing 12 per cent and employees eight per cent".

"A person with a salary of RM2,000 a month will get RM60 extra in disposable income, while someone earning RM6,000 will get an additional RM180 a month," said Najib, who is also finance minister when winding up the debate on Budget 2009 at the Dewan Rakyat.... selanjutnya.
Wajib atau sunat penurunan jumlah caruman bukan isu penting. Rujuk sini. Yang pasti, Potong Lebih pun sendiri punya, potong kurang pun sendiri punya. Pusing pusing ... duit sendiri.

Masalahnya nanti pada KWSP dan majikan untuk melaksanakan perbezaan dua jumlah potongan. 1,000 pekerja, 20% nak potong lebih, dan bakinya mahu potong kurang. Pening juga pada awalnya.

Jelas ... Tepuk dada tanya selera. Cuma apa sumbangan kerajaan pada rakyat nya berkaitan potongan caruman KWSP? Cuma untuk berbelanja lebih.
That is it !!!

Apa yang boleh anda belanjakan dengan RM30.00 untuk gaji RM1,000.00 dan RM60.00 untuk gaji RM2,000.00.

Najib langgar peraturan, persidangan di tangguh

harakah | Lim, mempersoalkan pendekatan-pendekatan yang diumumkan oleh Menteri Kewangan, Dato' Seri Mohd. Najib Tun Razak semalam untuk menangani kesan krisis ekonomi.

Penasihat DAP itu meminta penjelasan sebelum bermulanya sesi perbahasan ke atas rang undang-undang perbekalan 2009 mengenai peruntukan RM7 bilion yang diluluskan semalam.

Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim juga mempersoalkan sama ada ucapan penggulungan semalam merupakan bajet baru ataupun Bajet 2009 yang dibentangkan Ogos lalu.

Sementara itu, dalam satu sidang media Anwar berkata, Najib telah melanggar peraturan dan undang-undang dalam isu belanjawan negara.

Malah katanya, apa yang dilakukan oleh Najib satu tindakan yang belum pernah berlaku dalam sejarah setiap belanjawan yang dibentangkan hendaklah dibahaskan kemudian dijawab semula oleh menteri terbabit.

Katanya, belanjawan baru yang dibentangkan akan melibatkan pindaan kepada unjuran, inflasi, defisit, pendapatan dan perbelanjaan yang berbeza.

"Mengikut peraturan, apabila saya sebut dalam dewan dalam menambahkan usul yang dibangkitkan oleh Ipoh Timur, ahli BN cuba menolak tapi sebenarnya peraturan itu telah dilanggar," katanya.

Anwar menegaskan, jika hendak membuat pindaan dalam jawapan menteri hendaklah diberikan notis dua hari sebelum sebagaimana yang dijelaskan dalam Peraturan Mesyuarat Perkara 66 (15).

"Kita kena ikut peraturan, yang mana yang diluluskan semalam? Belanjawan Abdullah atau Najib, kemudian speaker umumkan yang diluluskan itu adalah belanjawan Najib. ... selanjutnya.
Tau ke dia buat kerja tu? Atau dia perasan Bajet 2009 tu milik dia dan batalkan pembentangan awal? Atau ...disebabkan jarang sangat datang Sidang ... dia tak tau undang undang?

Hish .... macam macam.

Nov 4, 2008

Little choice but to spend

MInsider | ...He also said that the government will pump RM7 billion more into the system next year and introduce additional steps to maintain the country's economic momentum. "The emphasis will be on encouraging domestic economic activity to spur economic growth, '' he said.

Among the slew of initiatives and projects announced by Najib were:
# RM1.2 billion to be spent on building more low and medium cost housing, RM500 million on quarters for police and military personnel, some RM400 miillion on the double-tracking rail project and RM500 million will be set aside to improve public transportation in urban centres.... selanjutnya.
Wakakakka .... .kena, kita kena lagi.

Najib bentang bajet 'berbelit belit' 2009

Menurut Najib di dalam perbahasannya tadi, inflasi Malaysia akan kekal bertahan, rujuk sini,

The budget deficit is projected to rise to 4.8% from the 3.6% expected earlier, after estimated revenues were dialled down from RM176.22 billion to RM168.73 billion.

The inflation rate is expected to hold steady at around 3-4%, he said in announcing the revised Budget 2009.
Hold steady at 3 - 4%?
Sedangkan pada bulan Jun 2008, Inflasi Malaysia sudah di tahap 7.7%. Rujuk SINI

Selepas kenyataan tersebut, wakil parlimen pembangkang mula bertindak untuk mendapatkan penerangan dari beliau tapi gagal kerana beliau tidak membenarkannya. Seterusnya Najib terus menyambung celoteh bajet BARUnya. Sedangkan di dalam ucapannya, dia menyebut,
Kerajaan tidak akan membentangkan bajet baru 2009. Desakan untuk merobah keseluruhan dan membentang semula Bajet 2009 hanya akan membantutkan usaha Kerajaan untuk memastikan momentum pertumbuhan ekonomi negara dapat dicapai.
Najib pasti malu kerana seluruh negara dapat saksikan live dari dewan, bagaimana bodohnya dia membuat pembentangan berbelit belit. Dia tidak membentangkan bajet baru 2009, bukan 'kajian semula' tapi bajet tambahan.

Wakakakak ... sudah kena.... sudah kena.
Balik ke pejabat mesti budak dia kena belasah ... "Nko suruh aku baca...aku baca. Malu aku ... malu aku."
Wakakakaka ..... mampus !!!
Untuk transkrip ucapan mangkuk ... sila KLIK SINI

Nov 2, 2008

Tambang naik atau turun?

Ini dailog oleh para pakar tentang Bajet 2009 yang di adakan pada bulan Ogos yang lepas,

Kalau kita rasakan pengangkutan awam adalah satu perkhidmatan sosial yang digunakan oleh golongan sederhana dan rendah dan kalau kita salurkan bantuan kepada sektor ini dengan menyediakan perkhidmatan yang mencukupi dan juga meliputi keseluruhan kawasan penduduk mungkin juga boleh merangkumi dari segi tambang, dengan bantuan kerajaan kita boleh kurangkan tambang pengangkutan awam bagi mengurangkan kos perjalanan golongan pekerja yang menggunakan perkhidmatan ini. - Utusan
Dan hari ni ...,
Beliau berkata menyedari majoriti pengguna kenderaan awam itu adalah golongan berpendapatan rendah, kerajaan berusaha untuk tidak menyusahkan rakyat melalui kadar tambang baru itu, dan pada masa sama mempertimbangkan keupayaan syarikat pengangkutan awam untuk terus beroperasi.

Noh bagaimanapun menolak kemungkinan tambang akan dinaikkan 100 peratus, dan menjelaskan sebarang kenaikan tambang tidak mempunyai kaitan dengan harga minyak di pasaran semasa kerana minyak untuk pengangkutan awam mendapat subsidi. - Bernama
Manakala peruntukan untuk pengangkutan yang di bentang kan adalah,
Kecekapan pengangkutan awam ditingkatkan melalui perbelanjaan RM35 bilion dari 2009 hingga 2014. - Malaysiakini
Mari kita teka .... Tahun hadapan, tambang akan naik atau turun?

Oct 14, 2008

Anwar calls for Budget 2009 revision

sun2surf | ....Anwar told the Dewan Rakyat before taking his seat that he still has a little more to add to his debate today (Tuesday).

The house was less than half-filled most of the time. At 2.45pm, for example, only eight BN backbenchers, Home Minister Datuk Seri Syed Hamid Albar and two deputy ministers were present.

Anwar said it was pointless to debate the budget speech which was tabled on Aug 29 as it was like debating a historical document, urging the government to accept the fact that the world economic crisis could lead to a recession in Malaysia.

"I’d like to stress here that the new Finance Minister must review the budget to generate the country’s strength, or else our economy will continue to be paralysed.

"All analysis without exception have said looking at the current circumstances, no economy would be safe in the next one or two years.

Therefore, there must be a more realistic approach to tackle this," he said.

In a broadside at Najib for being absent, Anwar said during his eight years as Finance Minister he never left the house when the opposition leader was debating the budget speech.

Explaining further, Anwar said the government must consider changes such as in the price of oil which was at USD125 per barrel six weeks back but has now dropped to USD77 per barrel and price of crude palm oil which has dropped from RM4,486 then to RM1,773 on Friday.... selanjutnya.

Sep 7, 2008

Abdullah bentangkan belanjawan Titanic - Shamsul Iskandar

suarakeadilan | Mengulas mengenai belanjawan yang dilaksanakan Perdana Menteri Abdullah Badawi, Jumaat lepas, Ketua Angkatan Muda KeADILan Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata belanjawan yang dibentangkan ibarat gula-gula dan bermotifkan politik.

Katanya kerajaan terpaksa menumpukan Sabah dan Sarawak demi menarik perhatian rakyat negeri itu berdasarkan keadaan semasa yang tertumpu kepada perubahan tampuk kepimpinan negara yang dijangka pada 16 September ini.

“Saya ibaratkan ianya hanya belanjawan kapal titanic, dimana Abdullah cuba untuk kali terakhir untuk selamatkan kapal Umno dari tengelam,” katanya.

Tambahnya lagi, belanjawan yang dibentangkan oleh Abdullah tidak banyak khabar gembira bagi mereka yang bekerja dalam sektor swasta dan perkilangan.

“Abdullah tidak menjamin sektor buruh dimana kurang khabar gembira kepada pekerja-pekerja di sektor swasta dan perkilangan,” katanya lagi.... selanjutnya.

Aug 30, 2008

Bajet | Abdullah Lempar Bola Tanggung

MSOmelayu | ... Mungkin undi secara belah bahagi terpaksa dilakukan untuk menentukan ianya diterima ataupun tidak.

Bagaimana pun kemungkinan ini jangan disalah anggap. Satu teori menyebut bukan pembangkang saja yang menentang Bajet ini tetapi di kalangan Umno juga terutama dari Sabah dan Sarawak.

Seorang pemerhati dan juga menjadi broker politik kepada tokoh tertentu di pihak kerajaan membayangkan Abdullah akan terjempit dengan keadaan itu dan akhirnya memaksa beliau melepaskan jawatan.

Apakah ia benar atau tidak sama-sama kita tunggu.

Bagaimana pun yang pastinya perbahasan Bajet itu selepas raya nanti dikira menarik. Permerhati juga tertunggu-tunggu untuk mendengar ucapan sulung bekas Timbalan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim membahas Bajet berkenaan.

Kalau sebelum ini (ketika berada dalam kerajaan) beliau membetangkan Bajet semasa menjadi Menteri Kewangan, hari ini orang mahu mendengar pula apakah kritikan, pandangan dan sindirian beliau kepada pihak kerajaan semasa membahas Bajet berkenaan selaku ketua pembangkang.... selanjutnya.

Aug 29, 2008

Belanjakawan atau belanjaanak 2009 ?

Berikut adalah Belanjakawan@belanjaanak 2009

  • Iskandar Malaysia - Peruntukan tambahan RM300 juta di bawah Dana Pelaburan Strategik disediakan bagi melaksanakan projek perkongsian sektor awam dan swasta, seperti pengangkutan, perkhidmatan kesihatan, pendidikan dan industri kreatif.
  • Peruntukan RM5.4 bilion untuk tingkatkan keupayaan PDRM - RM4.8 bilion bagi belanja mengurus dan RM600 juta belanja pembangunan.
  • Kecekapan pengangkutan awam ditingkatkan melalui perbelanjaan RM35 bilion dari 2009 hingga 2014.
  • Pengurangan 50 peratus bayarn tol bagi semua bas, kecuali di pintu masuk sempadan iaitu Tambak Johor, Link Kedua dan Bukit Kayu Hitam untuk tempoh du atahun mulai 15 September 2008.
  • K'jaan sedia kemudahan pinjaman mudah melalui dana pengangkutan awam RM3 bilion di bawah Bank Pembangunan Malaysia Berhad untuk biayai perolehan aset bas dan rel
jumlah Belanjakawan@belanjaanak 2009 adalah

[RM300 juta + RM5.4b + RM4.8b + RM600 juta + RM35b + RM3b + 50%pengurangan tol = banyak nyeeeee !!!!!]

Mana satu aku punya ... huhuhu

Berikut adalah benda benda menarik di dalam Bajet 2009 yang di bentang oleh PM. Antara yang menarik pada mereka mereka yang mempunyai kepentingan .. tapi,

  • Isi rumah yang membayar bil elektrik RM20 dan ke bawah sebulan tidak perlu menbayar bil elektrik berkuatkuasa 1 Oktober 2008 sehingga akhir 2009. - Bill aku sejak setahun yang lepas RM280 purata sebulan.
  • Cukai jalan bagi kenderaan penumpang bersendirian berenjin diesel milik individu dan syarikat, dikurangkan mengikut kadar cukai jalan kenderaan berenjin petrol, mulai 1 September 2008. - Aku guna kereta kuasa minyak PETROL
  • Kelayakan pendapatan isirumah untuk mendapat subsidi yuran Taska bulanan RM180, dinaikkan dari RM2,000 kepada RM3,000 mulai 1 Januari 2009. - Anak aku dah besar besar
  • Iskandar Malaysia - Peruntukan tambahan RM300 juta di bawah Dana Pelaburan Strategik - Aku tak terlibat langsung
  • Peruntukan RM5.4 bilion untuk tingkatkan keupayaan PDRM - RM4.8 bilion bagi belanja mengurus dan RM600 juta belanja pembangunan. - Aku bukan polis
  • K'jaan sedia kemudahan pinjaman mudah melalui dana pengangkutan awam RM3 bilion di bawah Bank Pembangunan Malaysia Berhad untuk biayai perolehan aset bas dan rel - Aku bukan Lembaga Pengarah SCOMI
Semuanya tak der kaitan ngan aku? Cheeeeetttt !!!!

Posting terkini

Blog Archive