KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Oct 26, 2008

Ubah sebelum Parah !!!

melalui email

Kenyataan berikutnya adalah merujuk kepada artikel di dalam HArakah,
baca di bawah ini,

Kerajaan negeri Selangor perlu bijak apabila mahu peneraju-peneraju anak syarikat negeri (GLC) terhadap penyelewengan yang telah dilakukan ketika menjalankan projek perumahan.....

Beliau melahirkan kebimbangan sekiranya peneraju syarikat GLC itu akan menjadi tangan-tangan ghaib BN yang akan mengagalkan perancangan kerajaan Pakatan Rakyat.....

Beliau berkata, jika peneraju GLC masih dimiliki oleh mereka yang pernah terlibat dengan penyelewengan yang lalu beliau yakin perancangan membantu rakyat akan menghadapi kegagalan.

"Jika ini berlaku bukan GLC akan disalahkan tetapi exco kerajaan negeri,"tegasnya.

Iskandar meningatkan bahawa pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat ada tiga atau empat tahun untuk membuktikan kemampuan dan dalam tempoh itu tidak ada masa untuk sebarang kesilapan.
Untuk mendapatkan kenyataan penuh, sila rujuk link Harakah yang di sediakan.

Berikut adalah kenyataan yang aku perolehi dari soal selidik yang di lakukan melalui perbualan bersama pemimpin pemimpin pakatan rakyat di Selangor.

Realitinya yang berlaku sekarang adalah kepimpinan Pakatan Rakyat Selangor dah sedar tentang fenomena ini.
Namun mereka gagal melakukan perubahan kerana sikap acuh tak acuh Menteri besar sendiri. Jangan salahkan orang bawahan sedangkan yang di ataspun masih berpeluk tubuh.

Jika kenyataan tentang keujudan kroni kroni BN di dalam kerajaan negeri dan GLC (Anak syarikat kerajaan Negeri), ia adalah BENAR. Tiada perubahan TOTAL yang di lakukan kecuali senarai Ahli Majlis. Mereka mereka yang masih bersama adalah mereka mereka yang bergelumang dengan Penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa ketika zaman pemerintahan UMNO dahulu.

Sebagai contoh yang jelas, peluang tender dan kontrak yang di keluarkan oleh PBT dan Majlis Tempatan, masih di monopoli oleh kontraktor UMNO. Keadaan ini semakin bertambah parah apabila Ahli Majlis yang di lantik dari kalangan penyokong Pakatan Rakyat sendiri di tegah untuk campur tangan di dalam urusan tender. Nama nama mereka sememangnya tiada di dalam senarai AHLI JAWATAN KUASA TENDER.

Halangan ini menyebabkan, pengagihan projek dan tender tidak dapat di pantau dan ditangani untuk menjadikannya lebih telus. Aku tidak tahu kenapa kerajaan Negeri melalui menteri besar dan EXCOnya masih berdiam diri tentang keadaan ini.

Menurut sumber yang di perolehi, di dalam 10 kontrak yang ditawarkan, 7 daripadanya masih milik syarikat kroni UMNO dan sementara 3 lagi diagih agihkan kepada rakyat. Secara logiknya, wang keuntungan dari projek itu nanti akan di jadikan tabungan yang akan digunakan untuk membeli jiwa dan norani rakyat ketika PRU ke 13 nanti. Pada rakyat cukup mudah, siapa yang memberi, dia lah yang berjasa.

Setelah memerintah hampir 8 bulan, Pakatan Rakyat Selangor masih sukar untuk menyalurkan bantuan. Wang perbelanjaan untuk sebarang anjuran majlis bersama rakyat adalah peruntukan yang di perolehi oleh Para EXCO. Itu pun masih berkurangan dan sebahagian lagi dikutip dari ahli perniagaan yang hidup segan mati tak mau. Kerana bimbang akan kegagalan, maka penyokong Pakatan Rakyat bersusah payah mencari dana. Keadaan mereka sendiri umpama, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Lihat sendiri di sekeliling anda, siapa antara pemimpin Pakatan Rakyat yang mampu membatu di dalam masalah kewangan? Tidak seperti yang berlaku di zaman UMNO dahulu. Tabur tabur dan tabur dengan wang dan itu lah budaya yang diajar UMNO sejak zaman berzaman.

Adalah melucukan apabila seorang dari Ketua Ahli Majlis Pakatan Rakyat yang aku temui meneceritakan masalah yang sama dan beliau TIDAK MALU untuk mengaku bahawa ada ketikanya, di dalam sakunya hanya ada RM0.40. Dan di dalam masa yang sama, penduduk setempat meminta untuk dibantu. Sementara kelompok masyarakat di satu kawasan pendudukan mahukan bantuan lembu untuk meraikan anak anak yatim. Mana wang untuk di cekau?

Keadaan ini tidak pernah berlaku di zaman pemerintahan UMNO dahulu. Dimana kuota kuota kontrak di berikan kepada Ahli majlis yang terdiri dari ketua pemuda cawangan dan bahagian. Tanpa ada halangan mereka menyerahkan bantuan kerana mereka sendiri sudah mencipta kemewahan bermulanya jawatan di pegang. Kemewahan mereka mereka ini di terjemah dengan berdirinya banglo banglo mewah bernilai jutaan ringgit walaupun mereka hanya bergelar KETUA CAWANGAN.

10 untuk aku dan 1 untuk rakyat. Begitulah keadaan yang berlaku dulu, namun 1 kepada rakyat pun sudah cukup mewah. Bayangkan mewahnya kuota 10 untuk pemimpin. Malangnya, kerana terlalu yakin pada parti mereka, pemimpin UMNO berubah menjadi bongkak, tamak, rakus dan ego sehingga memonopoli semua kontrak yang ada. Maka bermula dari itu lah timbulnya ketidak seimbangan di dalam kekayaan dan peluang. Ahli UMNO terlalu kaya, sementara rakyat biasa menderita. Keadaan ini telah meyebabkan UMNO kecundang di Selangor pada Pilihanraya UMUM yang lepas.

Bila kerajaan sudah berubah kuasa kepada Pakatan Rakyat, Selangor tidak melakukan rombakan seperti yang berlaku di Perak dan Pulau Pinang. Di negeri kepimpinan Pakatan Rakyat yang lain, mereka menggantikan semua jawatan penting di dalam kerajaan dan anak syarikat negeri kepada penyokong Pakatan Rakyat. Sebaliknya yang berlaku di Selangor, Menteri Besar Selangor terus mengekalkan orang lama yang memang mahir di dalam penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa.

Sebagai rakyat yang tidak tahu tentang pergolakan dan masalah di atas, mereka tidak berminat untuk mencungkil semua masalah. Apa yang mereka mahu adalah bantuan kepada orang miskin, ibu tunggal, kanak kanak cacat dan anak yatim dapat terus diberikan. Perkembangan politik yang jelas pada pandangan mereka adalah kehadiran Pemimpin di kampung kampung dan Majlis Pemimpin bersama rakyat. Itu sudah cukup memadai. Namun sebanyak mana ianya boleh di adakan dengan peruntukan yang sedikit dan kini semakin berkurang?

Merujuk kepada pengalaman Di Hari Raya baru baru ini. Kawasan dan BAhagian yang di pegang oleh UMNO dan BN, telah memberikan bantuan yang lumayan kepada rakyat di kawasan mereka. Ada antara mereka yang menerima sehingga 3 kali bantuan di dalam hanya bulan Syawal. Ada juga yang memberitahu bahawa sebelum ketibaan bulan Ramadhan, sudah ada berkontena kontena bantuan tiba yang sedia untuk di agihkan.

Penduduk Tanjung Karang membawa ke Sabak Bernam cukup mewah. Antara rumah yang aku lawati menunjukkan bahawa masih ada bantuan yang diserahkan, masih tidak dibuka untuk digunakan kerana terlalu banyak yang diterima.

Tidak tahu kenapa, MB Selangor, Tan Sri Khalid masih mendiam kan diri akan keadaan seperti ini. Aku adalah penyokong kuat pembangkang perbezaan keadaan ini menyebabkan aku berasa sedih dengan KELEMBAPAN yang di tunjukkan oleh Menteri Besar Selangor ini. Sikap nya yang murni, untuk menjadi telus telah diambil kesempatan oleh UMNO untuk terus mengugguli pengaliran keuntungan dari projek dan peruntukan kerajaan negeri. MB mungkin tidak sedar kerana mungkin beliau sendiri sudah cukup mewah bergelar jutawan atau beliau tidak tahu apa yang berlaku di bawah. Maklumlah ... beliau meletakkan EXCO dan orang bawahannya untuk membuat kerja dan dia sibuk di atas untuk buat entah apa apa.

Sejauh mana Khalid Ibrahim serius di dalam perkara ini?

INI berita yang baru aku terima. Tempoh pertukaran Datuk Bandar Di PBT sudah tiba. Sehingga kini aku masih gagal untuk meninjau Sejauh mana kerajaan Selangor mahu menukar barua ini kepada wakil wakil mereka.

Aku ulang apa yang tercatit di atas ...
"Iskandar meningatkan bahawa pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat ada tiga atau empat tahun untuk membuktikan kemampuan dan dalam tempoh itu tidak ada masa untuk sebarang kesilapan."
Benar ... Pakatan Rakyat cuma ada baki 3 ke 4 tahun untuk memerintah. Sekiranya fenomena ini berterusan, tidak mustahil kepercayaan rakyat Selangor yang semakin berkurangan akan menyebabkan Pakatan Rakyat di Selangor akan tumbang menyembah bumi.

Ada pihak yang mahu kita bersabar, "Kerajaan PR baru 8 bulan memerintah". Tapi soalnya...bila lagi?

Berlawan dengan UMNO yang cukup berpengalaman menentang musuh politik, bukan lah satu perkara yang mudah. PKR menang kerana UMNO berpaling tadah. Bukan kerana prestasi. Itu harus ingat dan untuk terus menjadi kerajaan, PR mesti lebih hebat dari UMNO.

Sedarkah kita bahawa, kalau dahulu, walaupun Menteri Besar UMNO bertukar sesama mereka, rombakan bersar akan berlaku? Kenapa tidak kita?

Tapi kita masih beranggapan, kononnya menjadi TELUS sudah cukup untuk menawan hati rakyat. Sedangkan dunia sekarang, wang memainkan peranan yang penting untuk membeli jiwa. Siapa tidak mahu wang? Adakah masih rakyat yang hanya mahu Kerajaan menjadi telus sudah cukup untuk mereka terus sokong? Berapa ramai kah rakyat yang bersikap begini?

Sekarang tanya pada rakyat....Apa bezanya UMNO dan PR?

Semakin telus dan semakin meyusahkan. Keadaan ekonomi dunia dan kelemahan Pemimpin Kerajaan Negeri akan merosakkan lagi nama Pakatan Rakyat. Lembab dalam segala hal. 20 meter padu air tidak cukup untuk membeli undi rakyat. Rakyat yang sukar berhadapan dengan kehidupan akan kembali menuding jari kepada kerajaan yang lemah. Itu adalah realiti kehidupan.

Dan waktunya akan tiba, kalau Kerajaan Selangor masih dibuai mimpi dan syok sendiri, PR akan menggigit jari.
Kesimpulannya ........ Ubah sebelum parah.

2 comments:

Anonymous said...

MB Selangor kalau kalah dia tak kisah, dia dah kaya.
Tu sebab dia buat bodoh je

Anonymous said...

Tukar MB
terlalu banyak kelemahan.
Dalam syarikat dia boleh la
Tapi sebagai MB tak layak

Kena ada minda politik.
Jangan ingat politik semudah perniagaan.

UMNO perlu di belasah secukupnya
Jangan kesian kesian

UMNO bagai anjing yang di bantu, akan menggigit tangan yang membantu.

Posting terkini

Blog Archive