Langkah kerajaan khusus Kementerian Pelajaran untuk mengekalkan bahasa Inggeris dalam matapelajaran Sains dan Matematik merupakan, Langkah ke belakang dan satu pemikiran yang dangkal,” tegas Ahli Parlimen Kubang Kerian, Y.B. Salahuddin Ayub kepada Suara Keadilan Online hari ini.
“Kita mahu wujudkan satu pemikiran yang ‘world-class’, yang bertaraf dunia, yang bertaraf antarabangsa.
“Lihat sahaja orang-orang Jepun, Korea yang maju, khusus di dalam teknologi, contohnya; mereka tidak menggunakan bahasa Inggeris malah menggunakan bahasa ibunda masing-masing,” sambung beliau seterusnya.
“Orang Vietnam guna bahasa Vietnamnya. Orang Sepanyol guna bahasa Sepanyolnya. Orang Perancis guna bahasa Perancisnya. Apapun, negara tersebut terus-menerus membangun dan maju ke hadapan. Sesebuah negara tidak akan mundur, semata-mata kerana menggunakan bahasa ibunda mereka. - Suarakeadilan
Oct 26, 2008
Sains, Matematik dalam bahasa inggeris, satu langkah undur ke belakang
Labels: Sains dan matematik
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
disebabkan ego pak menteri pelajaran, masa depan anak2 kita dibuat "guinea pig" dengan test lab sana sini. yang ketinggalan adalah mereka yang dikampung, yang ibubapa sudahlah tidak tinggi sekolahnya, ditambah pula beban cikgu yang tak reti nak mengajar dalam bahasa penjajah dan justeru itu, gagal menyampaikan ilmu dalam bahasa yang dipaksa pak menteri.
backward thinking para menteri BN. syabas! syabas! jahanamkan lagi masa depan anak cucu kita.
-garden
Pak menteri mana tau masalah org kg dan luarbandar.Di dalam bandar KL sendiri pun lintang-pukang bebudak ni belajar BI.Yg untungnya bangsa bukan Melayu sebab mereka bertutur dalam BI di rumah.Yg Melayu elit tentulah takde masalah.Orang Melayu yg bijak dlm maths dan sains akan berkurangan kerana masalah bahasa mengekang mereka untuk memahami dengan lebih jelas lagi.Jangan bandingkan dengan generasi yg bersekolah Inggeris dahalu,walaupun guru-guru pada masa itu tidak ramai yg ada degree tetapi mereka adalah penutur BI yg bagus,jadi mereka dapat menyampaikan ilmu sains,matematik dll subjek dengan lancar.Guru sekarang yg dapat A dlm SPM belum tentu mereka boleh bertutur fasih dlm BI,bukan semua tetapi bergantung kepada persekitaran mereka membesar dan persekolahan mereka.Saya sendiri punya kawan yg pandai,lulusan luarnegeri tetapi bila balik ke Msia terkial-kial cari kerja.Dengan swasta dia tak berani nak pergi interview pun,akhirnya dia jadi guru.Nak pandai BI kena berani bertutur,bukan setakat membaca buku sahaja.Masalahnya budak Melayu ni malu nak bercakap,kalau salah diketawakan kawan,dicop mengada-ngada.Ini yg berlaku kepada saya waktu sekolah dahulu.Orang yg tak tau malu ni mudah dapat kerja.
Gua masih ingat...
Bila Pas meluluskan di dewan Undangan Negeri Terangganu hukum Hudud.
Lim Liong Sik dan Samy Vellu kata PAS bertindak undur kebelakang.
Mahathir pula kata akan ramai orang Islam hilang Tangan.
Tapi sekarang bila penggunaan BI di Utamakan., apa bezanya kita ketika di jajah British 50 tahun lalu.
Memanggis pejuang pejuang Bahasa yang menulis dengan darah mereka bagi memertabatkan bahasa ibuda(Bahasa kebangsaan)satu ketika dulu.
Bekas Menteri Pelajaran Dato'Haji Abd.Rahman Yaakob tentu masih ingat peristiwa ini.
Gua banyak menyimpan catitan sejarah.
Post a Comment