KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Nov 6, 2008

Unisel: Ini kata MB Selangor

Bhairan
SHAH ALAM: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata kerajaan negeri tidak mempunyai kuasa menukar atau menamatkan pelantikan isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor sebagai Canselor Universiti Industri Selangor (Unisel).

Beliau berkata, sebarang keputusan pelantikan atau penamatan adalah hak kuasa penuh Ahli Lembaga Pengarah Unisel.

Katanya, beliau menerima bantahan dikemukakan wakil Angkatan Muda Keadilan (AMK), DAP dan Dewan Pemuda Pas Selangor tetapi keputusan hanya boleh dibuat Ahli Lembaga Pengarah Unisel.

"Kita terima bantahan ini tetapi setakat ini kita tidak ada rancangan menukar (Canselor). Bagaimanapun, sebarang perubahan kita akan maklumkan," katanya pada sidang media selepas mesyuarat Exco mingguan di sini, semalam.


Tiga wakil dalam Pakatan Rakyat itu semalam menghantar memorandum kepada kerajaan negeri membantah kedudukan Rosmah sebagai Canselor universiti swasta milik Kerajaan Selangor itu.

6 comments:

Anonymous said...

Dengan SAHAK ... mesti lembab
Dengan Khalid ... mesti slow
Tukar MB baru tukar Rosmah

Anonymous said...

Betul lah apa yang MB Selangor tu cakap. Bukan semua perkara kerajaan negeri boleh masuk campurtangan sesenangnya. Itu macam kalu dah cemerlang gemilang dan terbilang dah semua negeri-negeri di bawah pakatan rakyat walaupun tak sampai setahun memerintah. Fikirkanlah...

Firdaus Omar said...

Tak payah kelam kabutlah benda kecik2 macam ni. Yang penting tukar gomen dulu...automatik Rosmah masuk penjara. Masa tu nak jadikan Rosmah mascotpun boleh..he he. Jangan marah gurau aje.

Anonymous said...

jangan risau.....mb selangor main ayat je..kalau mantik betullah kerajaan selangor x ada kuasa tapi BD unisel.

Jgn risau rosmah akn ditukar jg..percayalah!

editor said...

Apa yang Tan Sri Khalid ulas tu mmg betul.Kuasa Ahli Lembaga yang akan menentukan.Perkara yang remeh ni jgn diperbesarkan.Tau la Tan Sri apa yang akan dia buat nanti.Kesabaran yang penting.Jika kita dah dapat jadi kerajaan baru semua pemimpim yang korup kita pecat dan dakwa dan kita tengok macam mana muka diorang nanti.

Anonymous said...

sape kata benca kecik? universiti lah universiti. tak boleh gadaikan soal pendidikan kepada mereka mereka ni. cuba tengok 3 jawatan pengurusan tertinggi pendaftar pendahari dan naib canselor. sape tu - bukan orang khir toyo?

Posting terkini

Blog Archive