melalui email
Merujuk kepada perkara di atas, kami 321 orang pembeli rumah Desa Kerayong Indah. Jeram, Kuala Selangor, Selangor ingin melahir rasa terkilan yang teramat di atas keengganan dan kegagalan pihak Pakatan Rakyat untuk menyelesaikan masalah kami ini. Kami telah berurusan lebih 3 bulan hanya untuk membuat temujanji melalui PA DSAI. PA beliau asyik berjanji untuk menemukan kami semua, namun sehingga kini, tiada sebarang perkembangan langsung.
Kami Pembeli yang 100% Melayu Islam ini masih tidak lagi mendapat pembelaan yang sewajarnya. Malahan YB Iskandar di dalam jawapan bertulisnya melalui e-mail memaklumkan bahawa kerajaan negeri (PR) memerlukan sebanyak RM70 juta jika memutuskan untuk meneruskan projek tersebut.
Kami amat kesal kerana Pakatan Rakyat sejak mula memegang tampuk pemerintahan Negeri Selangor sejak Mac 2008 yang lalu terlalu asyik menumpukan kepada perkara-perkara untuk menonjolkan diri dan mencari populariti sehinggakan tidak langsung menampakkan tanda-tanda untuk membantu rakyat yang selama ini memberikan sokongan kepada mereka.
Kalau dahulu, janji yang dicurahkan untuk memegang kuasa pemerintahan barulah boleh membantu rakyat jelata. Sekarang apabila telah memerintah di Negeri Selangor ini, kami merasakan seolah-olah tertipu dengan janji-janji manis untuk membantu rakyat.
Umpama pepatah mengatakan, terlepas dari mulut harimau, masuk pula mulut buaya.
Mengapa terlalu sukar untuk berurusan dengan bangsa Melayu Islam seperti kami ini? Mengapa isu babi, isu pasir, isu PKNS, isu air dan sebagainya yang melibatkan bangsa lain cukup cepat untuk diselesaikan oleh Pakatan Rakyat?
YB EXCO Selangor Sdr Ronnie Liu pernah mengeluarkan kenyataan bahawa saman terhadap kerajaan negeri Selangor akan diselesaikan di meja rundingan (http://desakerayongindah.blogspot.com/2008/04/kes-saman-dki-ke-meja-rundingan.html).
Kami merasakan ianya amat berbaloi dengan sokongan yang diberikan selama ini terhadap Pakatan Rakyat. Namun ianya berakhir disitu sahaja tanpa apa-apa tindakan susulan.
Malahan YAB Menteri Besar Selangor (Tan Sri) sendiri yang telah mengeluarkan kenyataan semasa salah seorang pembeli yang hadir ke pejabat beliau semasa sessi bertemu rakyat baru-baru ini dengan tegas menyatakan bahawa kerajaan negeri Selangor tidak akan meneruskan projek tersebut dan meminta supaya kami yang teranaiya ini menarik balik saman yang dikemukakan.
Apakah erti semua ini? Dimanakah janji-janji Pakatan Rakyat yang selama ini heboh memperkatakan bahawa Pakatan Rakyat adalah gabungan parti untuk merakyatkan ekonomi Selangor. Susah sangatkah untuk seorang pemimpin untuk bertemu dengan rakyat?
Perlukah kami menjemput media dan kemudian barulah Pakatan Rakyat akan bersetuju untuk bertemu dengan rakyat?
Kalau di masa pemerintahan Barisan Nasional dahulu di Negeri Selangor ini, Pakatan Rakyat sering mencanangkan kepincangan kerajaan pimpinan Barisan Nasional. Tetapi kini apabila telah memegang tampuk pemerintahan, kami seolah-olah tidak lagi bermakna dan ingin melarikan diri daripada menyelesaikan masalah rakyat.
Malahan semasa Penamaan Calon PRU-12 di Komplek Sukan Kuala Selangor (Stadium) kami telah mengadakan demontrasi aman dan diberikan ruang di kem Pakatan Rakyat untuk menunjukkan kegagalan Barisan Nasional menyelesaikan masalah kami. Pada masa itu Pakatan Rakyat seolah-olah adalah HERO kami semua.
Namun begitu apabila telah memenangi Piliharaya Umum ke-12 yang lalu bermula dari Mac 2008 sehingga Oktober 2008 (10 bulan) ini, kami langsung tidak nampak apakah jalan penyelesaian yang telah dan akan diambil oleh kerajaan Pakatan Rakyat yang diketuai oleh YAB Tan Sri Khalid Ibrahim. Malahan kami seolah-olah disekat untuk bertemu dengan pemimpin atau memang itulah amalan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat.
Kami tambah terkilan apabila YAB MB Selangor telah sanggup hadir di Lobi Parlimen pada 6:45 petang 4 November 2008 yang lalu, walaupun sidang Dewan Rakyat telah berakhir dengan kesemua Pembangkang keluar dari Dewan Rakyat sebagai tanda protes. Mengapa beliau sanggup berada di Lobi Parlimen (sidang telah tamat)? Sedangkan untuk bertemu dengan rakyat beliau tidak mempunyai masa?
Seringkali alasan yang diberikan adalah Pakatan Rakyat baru memerintah Selangor. Berikan kami (Pakatan Rakyat) masa untuk menyelesaikan masalah ini. DSAI sibuk dengan urusan 16 September. Kemudian selepas itu, DSAI sibuk di Parlimen, DSAI ada temu janji yang lebih penting. Janji sebegini telah lapuk.
Bagaimana dengan hutang kami kepada pihak bank yang perlu dijelaskan pada setiap bulan? Bergolok bergadai, suami isteri bergaduh telah lama kami alami akibat kegagalan Kerajaan Negeri Selangor menunaikan janji untuk menyiapkan sebuah rumah untuk kami dengan wang hasil dari titik peluh kami sendiri.
Andai inilah kaedah dan kesombongan yang diguna pakai oleh pemimpin Pakatan Rakyat, bukanlah salah untuk kami semua rakyat untuk menyesali memilih Pakatan Rakyat di dalam PRU-12 pada 8 Mac 2008 yang lalu.
Wassalam
Rakyat yang teranaiya
Desa Kerayong Indah
url: http://desakerayongindah.blogspot.com
ISU PMX KONONNYA SOKONG ISRAEL.
3 hours ago
13 comments:
Aku nasihatkan penduduk DESA KERAYONG INDAH untuk hubungi mana mana YB dan EXCO wanita.
Jangan buang masa dengan EXCO EXCO lelaki. Diorang tu banyak sangat songeh nye. Macam tak der telur. Tapi Sibuk nak kawin 2 je.
Simpati dengan penduduk.
Korang hantar memorandum pada pejabat Menteri Besar.
Biar buka mata dari tidur.
Kalau tunggu, tak selesai masalah.
Bawa sepanduk, duduk depan SUK, buat sidang akhbar.
Gerenti ramai yang tau.
ala..dulu masa kempen pun diorang jugak yang janji nak seselaikan masalah ni kalau dapat memerintah. mana2 kempen mesti diorang sebut pasal ni. skrang ni MP kuala selangor pon senyap je..dapat kuasa semua senyap.. hampeh!!
Aku nak tanya skit ngan desa kerayung indah...
1. projek start '99 bwh gomen BN...apapasal slhkan PR?
2.Kalau PR selangor tak leh settle...apapasal lu org tak mintak kat gomen BN?...apa selangor ni bukan duk kat dlm mlesia ke?
3.knp asik pi kejar DSAI..knp tak kejo si TOYO ngan Najib?...
4. Pemaju yg amik duit...knp lak PR selangor lak yg nak kena bayor balik kat korang?....PR hanya middle man...pemaju tu sapa?...setahu aku bekas wakil rakyat BN ramai yg jadik pemaju perumahan....tak gitu bekas YB suhaimi?
nak jual rumah pun ambil masa 6-7 bulan...procedure perumahan bukan remeh...
aku stuju sangat ngan mj guevera...
pendek kata org lain mkn nangka org yg kena getah...
sepatut TOYOl to lah yg kena settle... dia kan masih lag YB, jgn nk lepas tangan macam tu saja...
cakap saja berdentum dentam Umno pembela MELAYU, kenapa nasib 100% MELAYU ISLAM tk di bela pun?????
dlm soal ni.. aku simpati ngan kerajaan PR Selangor kerana sejak mengambil alih Kerajaan negri terpaksa membersih kan pelbagai "najis" & projek rumah terbenkalai yg ditinggal kan kerjaan bn si TOYOl tu... dah la tu habis peruntukan belanjawan negri dibelanjakan yb bn masa PRU12 dulu...
dh poket kosong macamana nk urus negri dgn baik??????
aku rasa surat ni mesti kerja konco2 si TOYOl bkn mewakili suara seluruh taman tersebut.
biasalah bn saja nk buat cerita propaganda murahan macam berita meloya & tv3suku tu!!!
utk makluman semua pemilik Desa Kerayong Indah, aku d Pulau Pinang ni pun menerima nasib lebih buruk dari kau orang semua... rumah yg aku beli d Taman Pekatra Indah, Simpang Ampat, Sbrg Perai Selatan, PP dh terbenkalai sejak 1996 (3 penggal pemerintahan KERAjaan bn), dah 12 tahun terbenkalai. dari aku anak 1 sampai skarang nih anak dh 4,
utk makluman juga skarang ni selepas saja PR menambil alih PP projek tersebut telah disambung semula hasil kerja wakil rakyat & exco PR yg baru & dijangka dpt diduduki akhir tahun ni. terima kasih PR.
kalau nk harap org lain tolong kita tu, sabar sabar lah sikit, kerajaan PR baru perintah 5/6 bulan bukan nya 50/60 tahun!!!!!
lu pikir lah sendiri!!!!!
ish.. inilah jadinya bila orang tak bijak rasa bijak.. heheh..
kesian kat diorg tu.. suruh laa diorg minta bantuan KJ, KJ tu orgnya suka membantu.. :D
ramai sangat yang sokong PR dulu mcm orang2 desa kerayong ni..sokong PR sebab nak mintak sesuatu..habis hangpa ingat rakyat selangor semua duduk kat desa kerayong ka..logik ka kerajaan PR boleh tunaikan janji serentak utk semua kawasan?? sabar sabar lah sikit
Kepada Penulis Surat Terbuka dan kena tipu pemaju,
Untuk makluman, ADUN tempat korang ni tak salah AMirudin Setro kan!!! Apasal tak ngadu kat dia tu??? Janganlah menagguk diair keroh wehhhh....ko ingat 321 pembeli yang kena tipu ni semua mengundi PR ke?? Ntah2 300 undi BN 21 je yang ngundi PR.
Bila dah tak boleh nak saman pemaju mulalah nak salahkan kerajaanlah, MB lah, Exco lah dan sebagainya. Cuba bagitau kat kawan2 semua siapa pemaju projek tersebut??? Orang UMNO ka orang PR? Kalau orang UMNO lantak pilah hang pasai apa nak beli umah projek UMNO kan projek mereka selalu gagal.Kalau orang PR kita pakat ramai2 pijak perut pemaju tu bagi pipihhhhhhh.....
Macam-macam ada..
Mat Skodennggggg
Kenapa sekarang baru nak bising macam PR tak buat kerja? Masa bawah BN dulu boleh pulak tolerate sampai dibiarkan bertahun-tahun terbengkalai.
Pandang ke depan bro.
Sekarang ni PR tubuh kerajaan Selangor.
Pemaju buat projek dalam negeri Selangor.
Kerajaan Selangor PR boleh pressure pemaju [ yg kununnya konco UMNO/BN ] supaya settle masalah tu.
Mungkin pemaju tak ada duit nak gantirugi.
Kerajaan Selangor boleh pressure BANK - supaya batalkan perjanjian jual-beli.
Projek tu skarang harta Bank.
Kenapa pembeli kena bayar kpd Bank kalau tak dapat barang yang dibeli?
Pandang ke depan - kenapa kerajaan Selangor tak hinggut Bank yg jual barang tak siap kpd rakyat?
inilah masalah orang mlayu yg dah jadi tunggul dek taksub ngn politik..dah terkebelakang kepentingan kaum sebangsa demi mempertahankan fahaman politik .demi politik sanggup mengata dan memijak orang yg dalam kesusahan.cehhh
jangan salah kan pemimpin. Mana mana pemimpin pun sama. Tabur janji, bila tengok kerja banyak atas meja, diorang pun panik. Tak seperti yang di jangka. Semua benda yang di janji semua sangkut. Itu belum cerita masalah berkaitan undang undang.
Sekarang ni nak beli rumah, kita punya kuasa, nak undi siapa ... pun kita punya kuasa. Bukan kerana terpaksa atau di paksa.
Tak boleh nak salahkan orang lain kerana semuanya hak kita.
Berani buat berani tanggung. Kalau rasa tak sesuai, tukar lagi pada kerajaan lain. Tapi sampai bila?
Jangan kerana silap kita, tapi orang lain yang disalahkan. Tak kena tu.
caya lah kapaksiam!!!!!
kasi kapak sama itu segala totok yg masih ada....
Tak boleh nak salahkan orang lain kerana semuanya hak kita.
Berani buat berani tanggung. Kalau rasa tak sesuai, tukar lagi pada kerajaan lain. Tapi sampai bila?
Jangan kerana silap kita, tapi orang lain yang disalahkan. Tak kena tu.
Post a Comment