tranungkite - [...] Saya tidak mengatakan bahawa Yahya bersalah dalam hal ini.saya juga tidak mengatakan bahawa Yahya telah terlibat dengan rasuah bila saya bersetuju dengan keputusan yang diambil oleh MB Khalid.tetapi jika saya berada ditempat MB Khalid,saya juga akan mengambil tindakan yang serupa.mana-mana penjawat yang disiasat WAJIB digantung dahulu dari menjalankan tugasan.
Langkah ini bagi saya ialah semata-mata untuk memudahkan siasatan & mengelakkan dari "tertuduh" dituduh cuba menghilangkan dokumen atau mengubah dokumen semasa menjalankan tugasan.ini juga dapat mengelakkan dari "tertuduh" dituduh mengganggu tugasan penjawat awam.tinggalkan dahulu pejabat & kerja-kerja rasmi & biarkan BPR melakukan siasatan tanpa gangguan.berani kerana benar,takut kerana salah.
Saya percaya jika langkah ini tidak diambil,pembangkang Selangor akan menimbulkan berbagai spekulasi yang akan memburukkan lagi suasana & nama baik kerajaan pimpinan PKR.musuh tidak pernah lupa pada kita & mereka sentiasa menunggu kita membuat kesilapan & kadang-kadang kita lupa musuh sentiasa memerhatikan kita & menunggu kita membuat kesilapan.
Pada Yahya & para penyokongnya,suka saya nasihatkan supaya bersabar & bersikap matang.tidak ada gunanya anda mengambil keputusan yang gopoh begini.ingat pada perjuangan anda.anda berjuang untuk rakyat,bukan untuk perut anda.apa ada pada kedudukan,jawatan & pangkat seandainya kepercayaan dari rakyat hilang?
Perbuatan yang tergopoh-gapah & tergesa-gesa begini tak lebih sebagai mencalar imej PKR.waktu berkempen pilihanraya kita bercakap soal "ketuanan rakyat" tetapi bila jadi begini anda lupa pada perjuangan "ketuanan rakyat" yang anda bawa.rakyat melihat keputusan yang anda ambil hari ini bukan kerana membela rakyat,tetapi kerana jawatan anda.
Kalau benar Yahya tak bersalah,terima sahaja penggantungan tersebut & biarkan BPR melakukan siasatan mereka supaya cepat selesai.lebih cepat penyiasatan selesai,lebih cepat nama anda dapat dibersihkan.ini bukan soal jawatan,kepentingan,jasa anda pada parti atau balasan terhadap jasa anda pada parti...ini soal intergriti,soal kepercayaan rakyat,soal tanggungjawab.perlu berfikir secara rasional bukan emosional.... selanjutnya.
no2umno - wa ingat Hassan Ali kena tarbiah diorang ni satu persatu. Biar senyap sikit, pikir guna otak, bukan guna parti.
Jun 24, 2008
Yahya Saari "Calar" Imej PKR.
Labels: MB Selangor, Yahaya Shaari
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment