KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jun 24, 2008

Akar Umbi Lebih Berani Daripada Ketua Bahagian

masomelayu - [...]

Seorang ahli Umno dari bahagaina Parit, secara terbuka an emosi mengundang Tengku Razaleigh agar turun ke kawasannya. "Saya minta Tengku turun ke kampung saya dan di sana nanti ribuan akan sedia menunggu kehairan Tengku," kata ahli berkenaan.

Apa yang disuarakan oleh ahli Umno itu mewakili suara dan aspirasi ahli akar umbi yang suah bersedia mahu melihat perubahan dalam Umno dan Tengku Razaleigh sebagai agen perubahannya.

Tengku Razaleigh sendiri nampak begitu berpuas hati dan gembria dengan sambutan di majlis berkenaaan. Majlis berkenaan anjuran Pakatan Anak Cekal Perak Selatan yang dikelolakan oleh bekas Ketua Pemuda Umno Bahagian Bagan Datoh, Nasarudin Mohd Rais.

Pun begitu ada sesutau yang dirasakan tempang pada majlis berkenaan bila mana tidak ada seorang pun ketua bahagian yang hadir. Kecuali ketua Umno bahagian Lumut, Zambry Abdul Kadir yang hadir pada pertemuan di Ipoh. Itupun kehadirian Zambry bagiakan pencuri takut-takut.

Seolah masing-masing telah mewakilkan kehadirian mereka kepada ketua-ketua cawangan masing-masing.
Keadaan ini agak mendukacitakan. Ternyata belum ada kebebasan dan kemerdekaan di kalangan ketua bahagian. Mereka masih takut dan terikat dengan kuasa yang mereka cipta sendiri. Makna kemerdekaan masih belum dihayati dan difahami kerana mereka ternyata takut dengan tekanan dan ugutan oleh pihak berkuasa dalam Umno.

Paling mendukacita setengahnya bukan saja tidak hadir tetapi dikakan turut sebotaj majlis pertemuan itu dengan mengadakan majlis-majlis lain. Misalnya ada seorang ketua Umno bahagian tiba-tiba saja menganjurkan majlis perjumpaan dengan perserta PPRT kononnya bagi membicangkan masalah rakyat termiskin. Bagaimana pun yang hadir khabarnya semuanya kalangan pemimpin peringkat bahagian yang tidak layak menerima skim berkenaan.

Bukan itu saja, kerana takut dan lebih mementingkan perut sendiri juga seorang ketua yang sebelum ini beriya untuk hadir dan berjanji dengan Tengku Razaleigh sendiri namun batang hidup pun tidak kelihatan.... selanjutnya.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive