KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jun 24, 2008

S.I.S. stand for what?

Sebelum aku membebel, Berikut adalah berita awal yang dikeluarkan oleh Utusanmeloya ....

Larangan pemakaian gincu dan kasut tumit tinggi ialah antara arahan yang ditetapkan kepada pemegang lesen dan pekerja di dalam kawasan Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) di sini.

Yang Dipertua MPKB-BRI, Shafie Ismail berkata, arahan itu bagi mengelak berlakunya anasir jahat seperti rogol dan zina selain menjaga maruah serta peribadi muslimah di negeri ini.

Katanya, wanita muslimah dilarang memakai solekan yang jelas dilihat seperti gincu dan tidak dibenarkan memakai kasut bertumit tinggi yang mengeluarkan bunyi.

``Sekiranya hendak memakai kasut bertumit tinggi, tumitnya haruslah diperbuat daripada getah,’’ katanya menerusi pekeliling yang dikeluarkan kepada wanita beragama Islam yang bekerja mengendalikan premis makanan dan bukan makanan di dalam kawasan MPKB-BRI.
- 23/6/2008
Dek kerana tipu muslihat, belit haprak media perdana...SIS pun tertipu dan meloncat.
"MPKB mengeluarkan dasar atau undang-undang kena ada fakta," kata penyelaras program SIS, Norhayati Kaprawi kepada Malaysiakini, mengulas laporan wujud larangan terbaru Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI).

malay muslim girl students tudungBagaimanapun majlis itu hari ini menafikan mengeluarkan arahan larangan sedemikian seperti laporan media.

Etika berpakaian itu - termasuk bergincu dan berkasut tumit tinggi sehingga mengeluarkan bunyi - hanya sekadar nasihat yang tidak diperkuatkuasakan dalam peraturan di bandar itu, jelas pengarah perhubungan awam MPKB-BRI, Azman Mohd Daham.

Norhayati juga berkata, tanggapan umum mengaitkan jenayah ini dengan etika berpakaian adalah tidak benar.

"Orang yang memakai tudung pun kena rogol," katanya.

"Budak bawah umur pun kena rogol, apa kena-mengena gincu dengan kasut tumit tinggi?" - malaysiakini
Pada awal berita Utusan aku baca, aku tak mudah melatah. kenal pasti kesilapan dimana dan mana punca berita di perolehi. Takkan lah Kerajaan Kelantan sebodoh Kerajaan Pusat...dan kemudian berita ini pun keluar awal pagi tadi.
Sebaliknya menurut Pengarah Perhubungan Awam MPKB-BRI, Azman Md. Daham, arahan yang dikeluarkan ialah larangan solekan yang jelas dilihat. Arahan tersebut membabitkan golongan Muslimah pemegang lesen dan yang bekerja dalam kawasan MPKB-BRI. "Walau pun mereka yang ingkar dengan arahan ini boleh dikenakan denda sehingga RM500, tetapi pendekatan dakwah MPKB-BRI lebih menjurus kepada mendidik dan bukan mencari kesalahan,'' katanya. Beliau berkata demikian sebagai menjelaskan laporan Bernama semalam yang menyatakan majlis tersebut melarang golongan tersebut memakai gincu. Jelasnya, arahan yang diedarkan tidak menyatakan pemakaian gincu dilarang. - kosmo
Aku bersorak gembira kerana sebodoh dan tidak berkelulusan nya aku, masih boleh lihat benar atau tidak. Tapi SIS yang didokong oleh peguam dan bijak pandai, rupanya bodoh tak semenggah. So...SIS stand for what? Jawapannya ... SIS stand for "SISTER is STUPID" for being fool.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive