Radenjowo
Sedang berusaha untuk menjatuhkan kerajaan barisan nasional keseluruhannya. Sedang berusaha untuk memperkukuhkan Pakatan Rakyat. PKR pula sedang usaha untuk menjatuhkan parti nya sendiri. Baru berusaha untuk merubah pemerintahan kepada yang lebih telus, ada pihak yang mahu mengembalikan bentuk pemerintahan UMNO di Selangor. Sila rujuk pendedahan berikut dari orang yang mungkin terlalu bijak berpolitik.
KONSPIRASI JATUHKAN YAHYA: KHALID TIADA WIBAWA [ibnukhuzaimah]Umno jatuh kerana UMNO. UMNO tidak boleh menyalahkan orang lain kerana kejatuhannya. Tapi sekurang kurangnya UMNO berjaya memerintahan selama 51 tahun. Kerana itu aku memuji kerajaan PAS negeri Kelantan yang berjaya menghadapi semua masalah dengan tenang. Semuanya kerana niat. TEringat aku ketika pemergian Menteri Besar TG Nik Aziz ke UMRAH baru baru ini. Berdesas desus berita angin tentang pengganti dan kalau tidak ditangani dengan sempurna dari semua pihak, sudah pasti masalah lebih besar bakal berlaku. Kononya HUsam Musa marah. Itu cuma berita angin dan semuanya selesai dengan sempurna sehingga kepulangan TG Nik Aziz ke tanah air ....
tranungkite - [...] Beberapa persoalan perlu dijawab oleh Tan Sri Khalid Ibrahim mengapa dia sendiri tergopoh gapah mengambil tindakan kepada Yahya Sahri?
Ini bermakna tidak ujud langsung collective concencus dalam membuat keputusan. Khalid sendiri sering berkata, dia membuat keputusan. Biasanya keputusan Khalid tidak boleh diubah. Dari dulu hingga sekarang.
Jelas, dan nyata, cara pengurusan CEO Negeri Selangor ini adalah “Self Centered”, autokratik dan memaksa. Dalam jangkamasa yang panjang, kaedah pengurusan Khalid dalam menguruskan negeri ini akan makan dirinya sendiri. Ini sudah terbukti dalam beberapa keputusan yang dibuatnya sebelum ini.
Mengapakah tidak didedahkan siapa sebenarnya disebalik laporan yang berjaya memangsakan Yahya Sahri?
Pelapor Utama : Remy Iskandar – Pekerjaan : Tarik kereta Rosak/kemalangan – Kadar literasi : Tidak tahu menulis dan membaca. Hubungan dengan TSKI : Anak saudara (mengikut pengakuan Remy Iskandar dan disahkan oleh Hajiman Ibrahim, adik Tan Sri Khalid.
Tok Dalang : Haji Hajiman Ibrahim – Pekerjaan : Akauntan. Ahli PAS yang kini melompat masuk PKR. Tersenarai sebagai calon Ahli Majlis Daerah Kuala Selangor dan Ketua Kampong.
Hajiman telah memanggil Remy dan mengarahkannya membuat laporan BPR apabila mendapat salinan kepala surat dari pejabat Menteri Besar. Siapa yang berikan surat kepada Hajiman?
Sebelum peristiwa ini berlaku Remy beberapa kali memberitahu bahawa Hajiman ada dokumen termasuk dokumen penyelewengan kawasan pasir di Daerah Hulu Langat yang melibatkan seorang lagi Pegawai Khas MB, Haji Mustafa.
Baru-baru ini dilaporkan seorang lagi pegawai Menteri Besar di Ijok terlibat dengan pengeluaran pasir di kawasan Kuala Selangor.
Mengapa Hajiman tidak tampil kehadapan membuat laporan akan perkara ini.
Apakah pemberatan yang diambil oleh Khalid, berapa kali kah Biro Politik PKR bersidang untuk membuat keputusan menggantong Yahya dari tugas. Apakah keputusan ini keputusan perkhidmatan, keputusan politik, atau keputusan peribadi atau satu konspirasi?... selanjutnya.
Merujuk kepada artikel di atas, jelas menunjukkan penulis mempunyai tugasan yang cukup hebat untuk membongkar semua perkara. Tapi terlupa ... siapa yang beruntung dari pendedahan ini? Adakah Khalid, ,Yahaya Shaari, rakyat Selangor ataupun UMNO? Korang pikirkan betapa ceteknya tindakan diorang bila berhadapan dengan masalah dalaman. Sedangkan semua perkara boleh ditangani dengan baik. Kenapa tidak bertemu dengan DS ANwar sebelum sebarang tindakan protes di buat? Sungguh kasihan. PAS berjuang selama lebih 50 tahun, PKR berjuang baru 10 tahun. Susah untuk berjaya, mudah untuk kecewa. So .... PKR korang ada otak, pakai. PKR tak jatuh kerana UMNO atau MIC. PKR akan jatuh kerana ahlinya sendiri. Jangan salahkan orang lain. Ubah sebelum parah.
Apa apa pun. pujian untuk PAS dan TG Nik Aziz ....... Takbir !!!
5 comments:
apa lah bodoh sangat PKR ni?
macam dah tak der kerja...
aku ingat 'kusandar harapan' rupanya,
tak boleh harap. Rosak lagi ada
Nasib baik lah Pak Lah jadi PM...ada lembab sikit
Kalau mahathir...mampos korang kena!!!
Allahu Akhbar!Allahu Akhbar!Allahu Akhbar! Wa lillahilhamd! (wak jorit takbir den sambuik la)
Salam, Radenjowo ... gua ingat lu kena belasah ibnukhuzaimah penulis artikel di dalam tranungkite. Lu refer artikel terbaru nya, KONSPIRASI JATUHKAN YAHYA: KHALID TIADA WIBAWA. Gua sudah minta kerjasama penulis lain untuk belasah dia sebab artikel dia telah membuka pekung PKR yang turut menjejaskan Pakatan RAkyat. APakah yang anda lakukan sekiranya parti yang anda recommend recommend dulu dirosakkan oleh penulis sedemikian atas dasar kepentingan pihak tertentu dan bukannya parti. Sedangkan yang kita musuhi sekarang adalah UMNO dan BN?
aku geli tengok pejuang reformasi tak karuan seperti Yahaya Saari. kalau setakat letak jawatan, tak kesah. Tapi siap buka pekung. Dan buat protes, baru berhasrat nak jumpa Anwar Ibrahim. membelakangkan pemimpin. Itu kah pejuang reformasi? Ajar lah budak budak baru erti perjuangan tulen dan bukan untuk jawatan. Kalau dah semua pejuang reformasi macam Yahaya, rasa nya bergolak habis lah dunia.
Post a Comment