malaysiakini - [...] Petugas media di Parlimen tidak lagi dibenarkan membuat liputan berita di lobi Parlimen yang sebelum ini merupakan kawasan bagi menteri atau ahli Parlimen mengadakan sidang akhbar.
Pihak media yang tiba seawal jam 9.30 pagi ini dilarang berada di kawasan itu oleh petugas keselamatan Parlimen yang menjelaskan ianya arahan pejabat pentadbiran Parlimen.
Wakil-wakil media dimaklumkan mereka hanya dibenarkan berada di satu sudut di hujung ruang lobi yang telah ditetapkan sebagai kawasan sidang akhbar.
Larangan yang berkuatkuasa hari ini bermakna wartawan tidak lagi dibenarkan berlegar di kawasan lobi, di hadapan bilik rehat ahli Parlimen serta pejabat-pejabat menteri.... selanjutnya.
Jun 24, 2008
Media dilarang berada di lobi Parlimen
Labels: Sidang Parlimen
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment