KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jun 24, 2008

Permit dah beri, rakyat tak mahu niaga?

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini mengumumkan, kerajaan akan mengeluarkan permit perniagaan kecil kepada rakyat berpandapatan rendah yang ingin menambah pendapatan mereka.

Ia sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan untuk meringankan beban ekonomi rakyat berikutan kenaikan harga minyak, kata Perdana Menteri.

Perniagaan kecil itu merangkumi seperti penjaja pasar tani, pasar malam dan di kawasan perumahan - utusmeloya
Itu berita semalam. Macam biasa ... Pujian CUEPACS kepada Kerajaan atas pemberian permit perniagaan khas untuk kakitangan kerajaan dan kerajaan yang rendah pendapatan dan yang mahu berniaga. Antara permit dan modal, mana satu yang anda mahu? Bila semua dah berniaga, jumlah pelanggan pula perlu dikongsi bersama. Kerana status pembeli bertukar kepada penjual, berapakah jumlah pembeli sebenar yang tinggal .

Dan akibat nilai wang RM yang sudah mengecil, berapa ramai kah yang masih ghairah untuk membeli? Kalau berniaga dengan modal yang sedikit, buka 2 hari dan selepas itu ditutup. Bila kerja terabai, modal habis, berniaga tak untung, rakyat lebih menderita. Tika tu. Kerajaan akan kata, permit dah bagi tapi rakyat yang tidak mahu berniaga. Tak pandai nak niaga tapi nak berniaga konon. Rujuk amaran ini ...
‘Sekiranya langkah ini tidak menyebabkan mereka mengabai tugas dan tanggungjawab, mereka boleh (memohon) tetapi bergantung kepada permohonan dan pertimbangan ketua jabatan masing-masing,’’ jelasnya. - utusmeloya
Akhirnya ...Yang di kejar tak dapat, yang dikendong keciciran. Jangan terkejut ye ...
Korang baca artikel menarik di bawah ....
Pastikan ada pembeli
[...] Modal yang terhad, peluang perniagaan yang terbatas, proses permohonan lesen perniagaan yang agak remeh dan masa yang tidak mengizinkan terutamanya di kalangan penjawat awam misalnya, adalah antara alasan biasa yang menghalang usaha memulakan perniagaan sendiri sekali pun secara kecil-kecilan.

Justeru, apabila kerajaan tampil dengan langkah yang mempermudahkan orang ramai untuk berniaga iaitu dengan menyediakan permit perniagaan kecil untuk golongan berpendapatan rendah dan kakitangan awam, ia pastinya disambut dengan semangat yang tinggi di kalangan orang ramai yang selama ini menyimpan hasrat untuk berniaga.

Permit yang melibatkan perniagaan dan penjaja kecil seperti pasar tani, pasar malam dan kawasan perumahan yang bersesuaian itu juga dilihat sangat bertepatan dalam membantu rakyat kelas sederhana menambah pendapatan.

Selain tidak memerlukan modal yang tinggi, kadar keuntungannya juga sesuai dengan keperluan semasa golongan sederhana tersebut selain risiko perniagaan yang agak rendah. - ...Selanjuntya
Korang bakal TERkena lagi ..... Wakakakaka

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive