KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jun 24, 2008

Undian 129 bukti rakyat masih bodoh

Di dalam ucapan terdahulu sebelum usul penstrukturan semula subsidi bahan api dibuat, berikut adalah sedikit ucapan dari Shahrir Samad, yakni Menteri yang sinonim digelar menteri Tiong negara,

Terdahulu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad, ketika membentangkan usul itu menghuraikan secara terperinci tindakan kerajaan menstruktur semula subsidi minyak, yang antara lain bertujuan meningkatkan keupayaan ekonomi negara sebagai persiapan menghadapi kemungkinan berlaku kemelesetan ekonomi dunia.

Beliau berkata, langkah itu juga dapat menjamin kesejahteraan rakyat miskin, golongan berpendapatan rendah dan sederhana berikutan kenaikan harga minyak di pasaran global. "Ketika harga minyak di pasaran dunia meningkat, sistem subsidi minyak di pam sebelum ini kurang memberi manfaat kepada kumpulan sasar utama, sebaliknya menguntungkan golongan berada yang mempunyai kenderaan mewah atau lebih daripada satu kenderaan.

"Subsidi yang tidak berkesan akan memberi kesan besar kepada daya saing dan daya maju sesebuah ekonomi dalam jangka panjang, terutama apabila ia membabitkan kegiatan penyeludupan.

"Oleh itu, penstrukturan semula minyak dan gas adalah pelopor ke arah sistem yang lebih berkeupayaan dan berkesan. Walaupun ia bukan langkah popular dan boleh diputarbelitkan, demi masa depan negara, kerajaan tiada pilihan lain selain menstruktur semula sistem subsidi minyak dan gas," katanya.

Shahrir berkata, tanpa usaha penstrukturan semula bahan api itu, tahap defisit bajet kerajaan akan meningkat kepada lebih enam peratus tahun ini hanya untuk menanggung beban subsidi yang lebih besar, berbanding 3.1 peratus yang disasarkan untuk 2008.

"Tahap defisit yang tinggi boleh ditampung kerajaan dalam jangka masa pendek. Bagaimanapun ia hanya perlu dilaksanakan apabila negara menghadapi kemelesetan ekonomi dan negara belum berhadapan dengan masalah itu.

"Oleh itu, kerajaan perlu mengekalkan tahap defisit yang rendah untuk memberikan fleksibiliti kepada kerajaan kerana risiko kemelesetan ekonomi kini tinggi," katanya.

Beliau berkata, ekoran ramalan bahawa Amerika Syarikat bakal berhadapan krisis ekonomi yang mungkin merebak ke seluruh dunia, Malaysia perlu mengukuhkan kadar fiskal negara untuk menjamin ekonomi yang mampu menghadapi cabaran global.

"Kerajaan yang memandang serius fenomena global ini bagaimanapun tidak mempunyai sumber atau keupayaan untuk melindungi ekonomi negara.

"Sebagai contoh, subsidi petrol dan diesel di pam dijangka meningkat daripada RM8.8 bilion tahun lalu kepada RM27 bilion tahun ini," katanya.

Shahrir mengajak rakyat, peniaga dan pengilang berganding bahu mengatasi kemelut itu dan sentiasa berjimat cermat untuk mengelak pembaziran. ... Bharian
Lanjutan dari itu, undian belah bagi dibuat sehingga keputusan menunjukkan jumlah 129 undi memihak kepada Shahrir dan 78 menentang. Ketidakhadiran atau kehilangan MP pembangkang, telah mengalahkan undian parti menentang disebalik ketidak hadiran wakil SAPP yang dikatakan bakal memberikan usul tidak percaya.

Hakikatnya, ini lah yang selama ini punca menyebabkan UMNO/BN terus berjaya membuat perancangan yang salah dan gagal sehingga menyebabkan kerap kali usul yang tidak boleh di pakai di persetujui oleh MP MP pro kerajaan.

Bila rakyat berwakilkan MP yang tidak berilmu, bodoh dan pengecut maka ini lah jadinya.

Dan kalau persoalan, bilakah rakyat merasa adahak bersuara ke atas Parlimen? Jawapannya adalah ... bila rakyat menjadi pandai dan bila rakyat mengundi menggunakan otak dan bukan kerana budaya. Oleh Kerana masih ada segelintir manusia yang bodoh mengundi dijadikan budaya, maka hasil begini yang diperolehi. Biar pun naik minyak 200% sekali pun, rakyat akan dibodohkan dengan perkara sebegini. Padanlah muka kalau ada yang miskin terus miskin, kerana bodohnya rakyat Malaysia merujuk kepada keputusan keputusan bodoh di Parlimen.

Kalau nak tahu apa kesimpulan kepada undian usul penstrukturan semula subsidi bahan api, maksudnya 'RAKYAT SETUJU HARGA MINYAK NAIK'. Dah setuju maka jangan lah pening kepala kalau semua barang naik harga. Pasti ... ramai antara rakyat yang tidak faham tentang semua ini. Dan tak mustahil ada yang masih tidak faham apa kah yang mereka debatkan di parlimen. Ramai yang tak ambil tahu, lepas tangan dan tak cuba nak tahu.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive